misz.dejavu

follow facebook - dealova_1987@yahoo.com ( cahaya mataku )

blog ini blog peribadi, apa saya suka saya tulis, apa saya pikir saya tulis, blog saya berdasarkan apa yang berlaku dsekeliling saya, di depan, di belakang mahupun d kejauhan saya. blog saya tidak mungkin s'skema saya. impian saya jadikan blog saya diari saya, anda suka anda baca, anda tak suka senyap saja. biarlah hati anda saja berkata2x..saya jugak akan copy paste jika merasakan ia sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, tp jangan risau kerana saya pastikan apa yang saya copy n paste itu saya link kan ke tuan punya blog, tanda saya hargai nukilan anda~ saya ikhlas mengatakan sesiapa msuk blog saya, terima kasih sy hargai.. >>> ok2x dah hbis skema.. apa2 tq. hik2x... wat muka comel skit ><.. korang mmg comey ><

Post Mortem

Powered By Blogger

Wednesday, July 27, 2011

Teater??? Korang ingat senang kew?

Assalamualaikum...

hohohohoho..td jenjalan sat, msuk la satu blog dak nih, aku baca jew.. dia citer pasal teater, adoyai..teater budak2 rupanya hehehehe..dia kata senang semudah ABC , beb aku terasa tersentap weh.. bukan semudah ABC ok..tapi sesusah kita nak belajar dari A ke Z, serius, dah lama aku tak berteater, last aku berteater untuk kita orangnya projek lakonan dan pengarahan Musikal uda dan dara. korang boleh cari kat you tube musikal uda dan dara, tp under projek rintis, budak Usm ( lakonan dan pengarahan) buat, tahun lepas 2010.

rindunya aku pada dunia teater, kadang-kadang aku bertanya juga pada diri aku, kenapa orang selalu pandang dunia teater tu senang, sedangkan untuk menjadi seorang pelakon, pengarah, krew2 teater bukan perkara yang mudah. kalau takat nak tayang muka untuk glamour apa sangat la. kerana tiada yang glamour pun. macam junior aku , si arja lee tu. dia sendiri pun tak glamour , tapi dia glamour sebab filem anu dalam botol... sekarang serius, aku tabik kat dia, dia dah belajar peringkat lain pulak, dia belajar teater mak yong, wa caya la kat lu arja.. bukan senang nak ber mak yong weh..penat woo.. aku yg belajar dulu pun sampai tension,..

ramai yang tak tahu apa sebenarnya yang ada pada sebuah teater. sebenarnya untuk jadi pengiat teater memnag kena banyak bersabar. rutin harian kami betul2 dengan teater saja. sampai satu masa kami give up. give up dengan apa yang kami buat, sebab nak hasilkan yang terbaik adalah sukar.

teater ada macam-macam jenis teater, orang yang menonton pasti sebenarnya hanya ingin kan something yang enjoy, tapi pada orang teater sendiri, bukan semata-mata hiburan, tapi kami bekerja keras nak menghasilkan teater itu sendiri.

serius, susah untuk menjadi orang teater, kerana latihan kami, kalu takat pegang tombak, itu masa reheasal pun boleh buat. tapi yang mengerakkan teater, yang menjadi nadi kepada jalan cerita teater tu, itulah yang kami fokus. hilang seorang yang menjadi nadi teater tu, kami akan lumpuh, kena cari orang yang mampu mengerakkan semula nadi utama tu.

aspek lakonan dan pengarahan aku belajar, semua orang ingat nak jadi pengarah jew.. pehh, korang ingat senang, hohohohoho..tak sama sekali, untuk jadi pengarah teater, korang kena rajin segala benda, kalu korang malas, baik korang simpan jer keinginan tu, sebab tu la kami nak jadi pelakon jer,hehehehehehe~

mana tak nya, jadi pengarah.. sebelum wat sesuatu teater kena research tajuk skrip tu, kena banyak wat kajian. beb takat alang-alang korang nak buat kejap x, xyah wat la weh tutup buku.

yen pengarah kita orang , serius weh, dia bukan dtakdirkan jadi pengarah, tapi dia belajar dari kosong, dia rajin merujuk segala perkara tentang teater, dia rajin jumpa lecturer, dia rajin kena kutuk kena hina, tapi weh dia xlut, prinsip dia satu, biar apa pun orang nak kata, dia usaha jadi yang terbaik. dia usaha jadi pengarah yang baik, walaupun kami selalu kutuk dia, kami gaduh mulut, sapa kata dalam dunia teater best, mmg ada yang best, kami macam satu keluarga weh, tapi kami bergaduh.. bercakar, tapi sebab satu jew, kami satu team, kami xley simpan dalam hati, kami nak habiskan projek teater kita orang, biar bergaduh boleh berbaik, yang penting kerjasama, tu penting.

filzah, dia ni kawan baik aku, sapa kata pelakon filem pelakon drama ley jadi pelakon teater??? sapa??? segelintir jer..kalu takat suara cam anak kucing xyah harap weh, kita orang praktis vokal sampai nak terkeluar anak tekak, aku ni walaupun dikira suara paling kuat, still belajar vokal, kami bukan pakai mic weh maca berteater, sengal apa pakai mic, lain la dewan tu besar gedabak cam padang bola, boleh la nak pakai mic, tapi kalu takat macam dewan biasa, maff jangan pakai mic, sebab teater tak ada yang pakai mic. kalau tak macam mana kita nak tau lantunan vokal orang tu berdialog, dah la tu kalau ada masalah sistem kacau ar..

kawan aku filzah tu, kosong jer weh, dia mmg berlakon ok..tapi bila dia kena bawa watak dara, teruji weh..bukan senang, kami kena bentuk dia jadi wanita sejati.. dia kena kondem dgn lect. tapi tu tak pernah mematahkan semangat dia, suara dia perlahan weh..tapi dia belajar jugak bagi suara dia kuat. kami hari2 praktis suara~ ingat senang nak buka suara, bukan guna tekak weh..tapi suara perut..pas tu ...??????

ok2x..korang penat membaca kan???? ok la..nnti aku wat sambungan lagi k..hehehehe


tq tau sapa sudi baca~

4 comments:

MizzTina said...

ssh giler berlakon teater.. penah berlakon teater gak.. vokal kn lantang.. ingatan kn kuat.. lemah!!!

aamalinaazman said...

huuuu.
tingin nak tgk teater..

ToPu said...

"Follow me please, then i'll u back... Thanks b4...."

lisa lis said...

mizzkechique: yup btul..teater mmg susah~ hnya yang msuk dunia teater yg tahu betapa cekal org yg berteater ni~

aimie : skrg teater dah byk..kena pndai cr ms jer nak tgk teater~