misz.dejavu

follow facebook - dealova_1987@yahoo.com ( cahaya mataku )

blog ini blog peribadi, apa saya suka saya tulis, apa saya pikir saya tulis, blog saya berdasarkan apa yang berlaku dsekeliling saya, di depan, di belakang mahupun d kejauhan saya. blog saya tidak mungkin s'skema saya. impian saya jadikan blog saya diari saya, anda suka anda baca, anda tak suka senyap saja. biarlah hati anda saja berkata2x..saya jugak akan copy paste jika merasakan ia sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, tp jangan risau kerana saya pastikan apa yang saya copy n paste itu saya link kan ke tuan punya blog, tanda saya hargai nukilan anda~ saya ikhlas mengatakan sesiapa msuk blog saya, terima kasih sy hargai.. >>> ok2x dah hbis skema.. apa2 tq. hik2x... wat muka comel skit ><.. korang mmg comey ><

Post Mortem

Powered By Blogger

Tuesday, November 15, 2011

ko kerek yer dengan aku auntie paper

Salam..


nak kongsi satu cerita pasal auntie paper dekat tempat aku nih, terbaik punya kerek la. dia bengang dengan aku pasal aku tak jual kereta mak aku tu kat dia la, suka hati aku la nak jual ker tak. dah la dulu-dulu minta cara elok, aku layan cara elok, bila aku kata nanti bincang dengan mak den, dia dok paksa-paksa, sikit-sikit tanya pasal kereta bila nak jual. aku malas nak cakap pasal kereta tu sebab aku sayang gila kot kat kereta lama mak aku tu. memang tak nak jual la. dia dok tanya, aku semyum jer la.. ikhlas punya senyuman. pas tu, dia tau aku nak beli kereta baru, cepat-cepat dia bagitahu suami dia yang di gelar uncle paper...


so, excited kot dia tanya harga boleh bincang. aku plak excited cerita kat mak aku pasal tu, almaklumlah kereta lama pun still da yang nak beli kan3x... hehehehehe, dipendekkan cerita aku tak nak jual la.


pada suatu hari, auntie paper tu panggil aku, aku dengan berbesar hati pi la kat dia, tetiba dengan mengerekkan diri diayang sedia kerek tu, dia cakap " u punya kereta tu sudah lama, kalu jual rm800.00 pun ok lah, i tengok u punya bumbung kereta pun sudah kopak, kereta pun tarak elok.., 800 sudah lah." kata auntie.


aku dengan tersenyum yang memang sakit hati ni pun berkata " nanti la saya cakap dengan mak saya"


padahal dalam hati dok sumpah seranah.. what the *********** , suka-suka hati kau jer letak harga macam tu.. kereta aku tu walaupun lama, enjin dia power lagi ok! jangan padang pada luaran semata-mata. sakit hati .. nak ajak berlumba dengan F1 pun aku tak takut lah..... grrrrrrrrrrrrr~


sejak dari hari itu, aku pun dah beli kereta, dia memandang aku dengan sinis jer. aku balas dengan senyuman yang penuh bermakna. dan sejak hari itu jugak, setelah aku tidak lagi keluar bersama kereta lama ku. dia pun kompom tertanya-tanya mana g kereta aku tu?


nak saja kalau dia tanya, aku mau bagitahu. yang aku dah jualkan dengan harga paling terbaik punya, siap gila-gila orang tu letak harga tinggi. tapi kang tak pasal-pasal dia anti dengan aku, aku nak beli kopok 0.30 kupang pun dia taruk harga mahal, dah la antie ni kedekut dan cekik darah sikit berbanding uncle.


sekarang ni, dia wat kerek cam ner tau...


hari tu, aku nak photostat ic, dia cakap mesin problem, aku pun cakap la, habis tu macam mana? walaupun agak bodoh soalan aku tu, dia cakap u repair la sendiri..


dan hari ni, aku nak beli sampul surat A4, dia cakap dah habis, padahal berlambak lagi kot kat situ, aku cuba tanya selain dari A4? Yang besar ckit...? pehhh..tbaik kot..sambil dia bercakap dengan telefon dan dia tunjukkan jari dia keatas>>>> menunjukkan aku kena beli dekat tesco... pas tu dia buat muka baik plak...


yer..hati ku terbakar lagik.. jaga la ko antie paper, kalau aku beli dengan uncle jap lagi ada.. memang aku akan buat dingin sedingin dekat kau.


sekian cerita aku tentang auntie paper yang kerek sam dollll~

Sunday, November 13, 2011

Diganggu Trevor..kah kah kah

Assalamualaikum...

woooooo..............tengahari aku dah kena serang ahgin ahmar nih.. nasib baik la api tak naik ke kepala.. 

sekadar gambar hiasan.. ( bayangkan trevor seperti ini???? )


hahahahaha..saya ingin gelak pada trevor..kah kah kah..aku nak gelak sama dia..kah kah kah...

sesiapa yang selalu masuk blogslucumenarik.blogspot.com selalunya akan baca satu komen yang bodoh dan bangang dari jantan yg bernama trevor, cian kat trevor ni, dia juga suka cari pasal dengan khalis, woooooowowowowowowow..dia cari pasal suka hati mak bapa dia jer..ni kalu dia baca kompom dia mau mengodam blog aku sepenuh hati ..kan trevor.. tapi tak jantan la kalau kau cari pasal dengan aku. maaf yer trevor, saya masih lagi dalam mood raya haji, jadi tidak mahulah marah-marah kamu, 

da ka patut si trevor ni hantar komen yang lucas d tengahari buto2x ni dekat blog akuuuuuu dan sy dah spam sebab geli's kot nak baca.. aiyoooo..very xgentleman kan kamo ni.. xper la, saya kesian dekat kamo..baru sahaja belajar membaca dan mengeja..

nak ambik RM0.20 SEN ni..kamu main jauh-jauh yer trevor........


sila gelak pada trevor kah..kah ..kah...

kalau rajin g la tgk komen-komen trevor kat blog khalis yer..jeng3x....

saya dah buat promosi untuk kamu ni..bolehlah pas ni jadik glamour yer macam minah mengadap komputer 24 jam ( sesiapa yang rajin layan beautifulnara kompom tau)

Tuesday, November 8, 2011

Layan Google Graviti

jom2x..klik kat sini....


hempas2 gua



sambil menghilangkan kebosanan tahap gila baban~

Petang Yang Mengenyangkan

hohohohohohoho.....

Gendang Gendut Tali Kecapi,
Kenyang Perut Nak Makan Lagi.

Pantun Dua Kerat ni sangat-sangat la sesuai untuk aku yang dah makan pagi berdouble-double aku melantak sakan.. kah3x... ni lapar lagik sebenarnya, tapi terpaksa tahan.

teringat pagi tadi...

7.40   pg makan Roti Canai.. fuyooo..tu dah berapa ratus kalori tu.. 

10.00 pg Nasi Himpit Bersama kuah kacang dan Rendang Satay.. fuyoooo...terbaiklah setakat ni..

11.00 pg Ketupat Daun Palas bersama Rendang Daging.. 

Memang terbaiklah mak-mak budak tesco ni masak, Aku memang suka part makan, tambah-tambah bab makan free, sapa yang nak tolak rezeki??? kan????

tu tak kira tengahari punya,...nasib baiklah aku makan biskut jer kahhh3x.....

ni kalau si jantung hati aku tau aku makan tu semua, dia pakat geleng kepala la.. udah lew makin gemuk.. ni bertambah lagik kilo...

padahal tadi masa dok sembang call, dia tanya aku dah makan lum?

ayat aku..hehehehe.. "aku cakap belum..tak lalu.."
tapi aku tahu dia tak caya aku tang makan nih, ley lak dia cakap " yerla tu, tah2x dah kenyang"

sebenarnya tu memang ayat untuk menyelamatkan diri dan ayat kasihan aku keh3x...

tapi tak apa..dalam hati aku..setahun sekali jer kan nak makan makanan raya... tapi apa kejadahnya setahun sekali.. esok mak shira nak datang pulak bawa makanan.. haishhh..aku boleh gila makan cam ni, almaklumlah nak balik kampung lambat lagik, nak tunggu jumaat nih, huhuhuhuhu..lamo lagi nih.. pejam mata buka mata, lama lagik aku rasa...

dah masuk petang nih.. aku dah mengidam Ayam Kfc dengan cucur Udang... 

hehehehehehehe..ok la..nak p cari makan dulu, customer pun tak ada..huhuhuhuhuhu.. tu yang wat aku mau makan jer nih...

(GAMBAR) Anugerah Skrin 2011 - Pakaian copy paste artis

Salam...

Sambil Layan Beatiful Nara yang asyik condemmm jerk nih.. baru aku terperasan something.. cian la kat artis kita-kita nih, sampai tak da modal nak cari baju patern lain, semua pakat copy n paste.. yer..jahat pulak tangan aku menaip ayat-ayat cam tu kekekekeke~

layankan jer la...





gambar depa ni aku teringat pulak dengan kumpulan-kumpulan yang suka pakai baju ni macam kumpulan dewa n hujan.. terbaik kottt....

tapi gambar yang last ni paling aku suka...
pakaian terbaik...

( layankan jerla ayat aku tu..hehehehehehe..jangan lupa terbalikkan ayat yer )

walaupun masih sedih dengan farida nih..><


mungkin dia rasa yang ni terbaik untuk dirinya, tak perla..bagi jer la ruang untuk dia berubah.
doakan yang baik2 yer.. 

amin.

kredit untuk gambar redmummy.com

Monday, November 7, 2011

Wajah Bayi Yang Dikatakan Anak Justin Bieber

Salam...




Justin Bieber dikatakan ayah kepada bayi yang bernama Tristyn Anthony Markhouse Yeater, baru saja berusia 4 bulan. walaweh, hebat jugaklah penangan justin bieber ni kalau betullah yang tu anak dia. justin Bieber dikehendaki menjalani ujian darah bagi menentukan samada betul atau tidak itu anak dia. 

korang pun mesti dah tahu kan bagaimana perkara tu terjadi kan? nak citer lebih-lebih malas nak taip sebenarnya. kalau rajin belilah surat khabar atau tengok berita kat internet yer.. hehehehehe, nak bagi korang-korang ni rajin mencari jugak lah.

bayangkan lah andai betul ujian yang dbuat tu memang betul2 belaka.. pehhh... kesian la bieber.. menangis lah peminat-peminat dia, tapi perempuan tu dikatakan pernah buat hal yang sama pada dua lelaki lain, sumber lain mengatakan perempuan tu hanya ingin duit sahaja.

justin sabar jer lah yer, kalau bukan tu anak ko, ko g jerla wat ujian darah tu. settle.

Sunday, November 6, 2011

Terima Kasih Mak

Salam...


Gendang Gendut Tali Kecapi....
Kenyang Perut Senaglah Hati.

Terima Kasih Abah sebab hantarkan makanan raya untuk anak mu ini.. terima kasih Emak sebab wat kan rendang daging yang paling sedap di alam ini.

sambil makan sambil menaip.. lega sales dah masuk berkat abah datang kot hehehehehe....

Ya Allah sedap sangat-sangat bila dapat makan masakan air tangan ibu, sedap tak terkira, kalah makanan yang mahal2x... dapat gak makan masakan mak ..almaklumlah dah lama xbalik kampung..

sempat jugak lah call mak bagitahu makanan dah sampai.. dan cakap terima kasih mak sebab masakan makanan yang sedap2x...

love u mak... muahhhhhhhh...

View Aku Yang Penipu

Tadi-tadi saja la nak tengok statistik akunya view.. tengok macam pelik la plak, semalam aku pos satu benda jer aku rasa.. tapi apsal aku tgk yang view tu ramai sangat?????? 

hahahahahaha...ramai kew?????

ok2x..aku bagi korang gelak kat aku la...


statistik aku tu memang penipu.. penipu sangat2x..ko sengaja kan nak jaga hati aku yang tengah kecewa tak balik kampung kan3x......




sebenarnya tak pernah lagi lah masuk di akal oleh blog aku orang view macam tu melampau tinggi walaupun sekecil kuman.. ni kalau otai tengok dia orang pun gelak kat aku jer hahahahahahahahahahahaha..
kau ni blog..tau lah tuan kau ni tak dapat raya..tak kan lah kau pun dah tak betul.. cian kat kau.. aku kena kuar bagi kau rest dulu la blog.. tuan mu nak g restkan otak kejap sambil menunggu Rendang yamg bakal tiba tengahari nanti, kang kalau bapa aku tau aku dok layan blog bukan wat kerja.. nanti dia suh aku tutup kedai dan balik kampung hahahahaha~

ok2x...aku dah macam dengar ramai gelakkan aku ni ...chow dulu lah..keh3x...


salam raya haji..jangan lupa kat aku kalau korang dah makan daging korban tau..huhuhuhuhuhuhu ><

Raya Kat Tempat Kerja

Salam...

selamat hari raya Aidiladha.. hohohohohohoho...bestnya kalau dapat cuti dan balik kampung.. di fikiran aku sekarang ini dok fikir..andailah aku duk kat kampung, mak bawa balik daging korban..pas tu aku plak wat sup daging, sup tulang pehhhhhh,...nyum3x... tapi itu hanya andaian.. kalau aku kat kampung aku rasa ramai yang dok at kenduri-kendara nih..huarghhhhhhh sentap wooo..kena duk diam2x kat sini.. semua blogger pun dok bercuti..xaci2x...aku nak nangis nih. 

aku teringin makan 

Rendang Daging dengan ketupat lemang 

sekarang nihhhh.............!!!!!!

nasib baik lah bapa den pagi-pagi dah call tanya aku ?????

Abah: Aini..ko tak cuti kew? orang raya-raya ni cuti ko dok kerja...


Aku: huhuhuhuhu..mana da cuti la abah..tak ada orang ganti...( dengan suara yang sedih gila baban)


Abah: ni abah nak datang Penang, nak anta ko makanan, tapi tengahari la....


Aku : ( dalam hati gumbira gila-gila baban ni).. hehehehe..abah bawalah makanan banyak sikit tau, boleh simpan untuk 3-4 hari...


Abah :( nada terkezut) 3-4 hari???? ko biar btul..


Aku : Yerla abah, kita kan tak balik kampung.. nanti kita perangat la untuk makan sok lusa... hehehehe..


Abah: ok lah, nanti abah bawa banyak-banyak..tapi tengahri lah..


Aku : ok abah.....


yipppiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................. suka3x...... 


pergorbanan seorang bapa tu..sanggup datang anta makanan untuk anak dia yang sorang ni sebab tak dapat balik kampung..huhuhuhuu.. nasib baik aku dok penang jer.. kampung kat parit buntar.. kalau aku dok kat K.L????? huh...ralat aku kempunan tak dapat makan rendang mak masak...




syukur2x...

Saturday, November 5, 2011

Raya Haji Jew Aku Kerja..

Salam...


yea2x..sok raya haji.. sama2 la kita meraikan aidiladha, raya tahun ini aku terpaksa berkorban masa untuk kerja? grrrrrr..hati kena ikhlas walaupun xdapat balik kpg dan tak dapat makan daging korban..sob2x..sedih woo.. semua orang bengang kat aku sebab gi kerja waktu raya? yup...aku pun bengang dengan korang yang tak dapat memahami hati aku yang terpaksa kerja time raya.. korang ok lah dapat gak raya sehari da yang raya sampai seminggu.. aku nya kekasih hati plak cuti raya sampai 3 hari???? 

hehehehehe..ni luahan penuh ikhlas dgn kasih sayang yang tak berpenghujung ni.. walaupun dalam hati rasa nak nangis yang teramat-amat happy..

aku tak dapat balik raya sebab kita orang mana dapat cuti.. nak cuti boleh, tapi kena cari orang ganti, tapi sapa yang aku nak cari untuk ganti aku..xda sapa yang nak ganti time cuti-cuti raya gini..kah3x..gelak kat diri sendiri.. tak per lah, aku terpaksa senangkan hati aku..bos dah janji nak bayar 3x gnda gaji di hari raya haji ni.. huhuhuhuhuhu..sob3x... 

xperlah redha jer la wahai hati hihihihi..

k la..selamat hari raya aidiladha.. sambil2 tu sesama kita berfikir tahun ini apa yang sudah kita korbankan dengan hati yang ikhlas.. renung2kan~


Sunday, October 30, 2011

Ulang Tahun Pertama Saya Dan Si Dia

Dedikasi Cinta Buat Kekasih Hati ku

30.10.2011




Cahaya Cinta


Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga



Ya Allah, Permudahkanlah hubungan yang kami bina, kekalkanlah hubungan ini, kuatkan kasih kami Ya Allah, Dari mu engkau berikan hati dan cintaku untukknya, ku berharap cinta ini , rindu ini tak akan terhenti untuk Dirinya, biarlah tali kasih ini menjadi seteguh-teguhnya, andai ada penghalang engkau kuatkan hati ku Ya Allah supaya aku mampu menhadapi dugaan Mu.
Terima Kasih Ya Allah engkau pertemukan aku dengan dirinya, kerana dialah aku mengenali untuk mencintai mu Ya Allah, Engkau menghantarnya untuk membimbing ku, ku harap Jodoh kami berkekalan, insyaalah. Amin.

Sebulan Yang sudah Berlalu

Assalamulaikum..

hahahahahaha..time-time begini kena gelak kuat-kuat, bagi kasi gegar tesco ni, teruk tul la aku ni, dah la balok.. liat lak tu..setelah sebulan berlalu baru nak update semula blog yang lama dah terbengkalai dan terbiar dengan penuh kesadisan nih, cian la kau blog.. aku rindu kat kau nih, tu yang aku mula nak aktifkan kau semula.. 


hari ni 30/10/2011..dengan rasminya blog ni di aktifkan semula..yippi... tak mau tidor-tidor lagi...~

p/s: nak kena berhenti kejap.. da prob3x lak nih...

Sunday, September 11, 2011

BEN ASHAARI ajak BLOGGER RAYA


Assalamualaikum..hohohohoohoho...abg ben ajak join segmen..yihaaaa..lamo xjoin hak3x... jom2x..join segmen abg ben kali ni..citer2 pasal raya~

citer pasal raya?????? hohohohohohohoho..macam biasa xda apa yang menarik pun tahun ni hahahaha..almaklumlah..akak sulong xda..huhuhuhu..xdapatla nak beraya dengan anak sedara den.. adik ke-empat lak xda..dok g belayar..menci2x..tiap2 kali raya jer adik g belayar...sedihnya...

pagi raya macam biasa, kita orang satu family akan bersalam raya..
tp keluarga aku ni mmg xserupa orang..cis2x.. boleh plak potong trip bersalam.. patutnya dr tua ke muda..ini yg kecik2 salam dulu..akak2 last2x.. hampeh..hahaha..tp time bsalam raya mmg gila2 la.. 

aku dgn kakak aku pakat dok menghafal nak cakap apa..bila dah start cakap.. orang lain tolong sambung hahahahaha~ 

tahun ni best2x.. sebab dapat bagi mak..tok.adik2.. abah duit raya.. hehehehe.. kak ya jgn marah aku xbagi duit raya..aku dah belikan kuih raya hehehehe.. raya haji nnti aku bagi duit raya na.. ang tolong masakkn aku rendang yer..~

part sedih lak nih.. yoo..adik aku Luqman Hakim menangis..huhuhuhu..pecah rekod utk pagi raya.. sedih la plak.. tp adik aku ni hati dia sensitif sikit..alololo...cian nya~

satu hari d hari raya.. kerja aku tidooooooooo jer.. memang gila lah..dalam keta tido..sampai rumah pak lang pun aku tido... tido sakan bukan beraya sakan.. sebabnya last day aku kerja bagai nak mati jaga kedai tudung..tido2 jugak..tp raya kat rumah orang..tgk makan jer mata celik dah..hik3x.. 

appun.. perasaan aku baraya sebagai blogger???? rasanya sama kot..bezanya..kali ni aku tau lagik banyak pasal raya korang..ada best..ada sedih..ada tlebeh gumbira..

appun..selamat hari raya..hehehehe..syawal xabis lagik nih..kih3x..><

Gambar - Aku Tension.. Korang ?

Assalamualaikum... dammm..dam..dam..tension woo hari ni... 


AMARAN


tolong jangan tengok gambar di bawah ini kalau korang berada di situasi High Tension >>>> aku dah warningkan tauuuuuuu!!!!!


pastinya korang akan menghadapi saat-saat tension dalam hidup korang kan? kalau tak setiap hari pun pasti ada satu hari yang cukup buat korang tension.. nak maki orang, nak g jenjalan hilangkan tension, ajak kawan-kawan korang temankan korang membeli belah, temankan korang makan pas mcd ke kfc pas tu ke pizza pastu dammmm3x....kerja korang nak melantak jer kan3x? pastu ada yang call mak sebab nak hilangkan tension, pastu siap nangis tersedu sedan woo...mak pun nak tension sebab risaukan korang dan bagi yang bercouple plak time tu lah nak cari kesalahan kekesih masing-masing..almaklumlah tengah tension.. dan aku plak..hahahaha..kalau tension aku akan makan dan makan..paling penting time tu kawan-kawan aku happy sebab aku akan ajak depa makan sekali hak3x...



tapi kalau tengah tension kawan-kawan korang pasti akan suruh korang bersabar kan.. time tu baru la ingat diri kejap.. tapi aku kalau tension tak la plak sapa-sapa suruh berhenti makan hahahahaha..tu la yang makin membulat..kah3x... tapi kalau orang dah nasihatkan suruh bersabar.alahai ikut sajalah..sebab dia orang pun akan tension tengok korang tension.. bukan sebab apa..tapi sebab kesian kat korang..tu tanda sayang kat korang..
hehehehe..dan aku..dia orang sayangkan aku sebab tu depa tak bagi aku berhenti makan kalau tension hak3x... sadis2x.. ><


agak-agak kalau korang tension korang buat apa yer????








bertafakur lah sebentar sekiranya tengah stree dgn tension

indahnya kesabaran itu...


p/s: sabarlah sangat yer..hahahahaha..kalau cari barang tak jumpa..bukan takat mengamuk..siap menangis panggil barang tu hik3x.. sikap yang tak patut di contohi.. bilalah hati aku dapat menahan godaan amarah nih..haishhh

(GAMBAR)Hari Tanpa Kata - 11 September






Monday, September 5, 2011

Aroma Si Kopi Hijau Di Pagi Hari

Assalamualaikum... hari ini update paling awal hahahaha..selalu sokmo lambat2..almaklumlah hari ni ter excited lebih~ pagi ni awal2 pagi dah bangun melantak si kopi hijau.. percubaan untuk keluaran terbaru Vida, Aroma dia pehhh...wangi woo..bagi pengemar kopi pagi2 mmg buat kita terasa semangat nak minum.. hihihi.. tapi satu yang aku lemah, warna dia..hijau.. aku sengaja jer beli sebab nak rasa sesuatu yang lain sikit, biasa minum kopi2 ni tak pernah lagi jumpa kopi hijau, tu yang beli, bak kata akak vida sorang tu, testimoni jadi customer pertama yang cuba. 

sebenarnya aku tak suka akan spirulina, tapi aku gagahkan diri untuk mencuba hehehehe...

sambil2 tu wat research sikit pasal kopi hijau keluaran Vida ni..


Vida Kafe/Kopi Hijau

 Kegunaan.
Untuk merawat masalah kesihatan dan kecantikan dalaman disamping menjadikan ianya sebagai makanan kesihatan tambahan harian.
 Rumusan
Spirulina, Gamat, Titisan Aura, Klorofil dan Madu.

hehehehe... disebabkan ia minuman kesihatan jadi tak salahlah mencuba.. almaklumlah aku ni kerja hari2..rest pun time balik rumah jer la.. so, bagi sesiapa yang nak mencuba harga dia pun murah la.. 15 sachet untuk harga RM38.90. hehehehe..wat iklan la kejap..haishhh~







kepekatan kopi hijau..aroma dia yang tak tahan tu

time ni take time untuk minum hehehe..sebab kurang sedap di tekak aku..tapi bau dia pehhh..wangi woooo



ok la.. untuk para blogger selamat menjalani hari yang menceriakan hari ini.. after this nak baca solusi.. semalam tak sempat nak baca, almaklumlah..balik2 wat kerja yang aku dgn julie saja yang tau keh3x...><

sebelum baca solusi.. nak kena wat kerja dulu lalalalala..><


p/s: serba salah lagik ni sebab tak sarapan pagi dengan si dia huhuhuhuhuhu... :((

Sunday, September 4, 2011

Sabhi saddi Feat Helene - Tanpa mu






Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Kernamu ku ada di sini
Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu



p/s: Rindu semakin memuncak pada dirinya~ si dia dah sampai penang..yea3x..boleh dating hihihihi ><

Solusi ke-35

Assalamualaikum...

edisi majalah solusi yang ke- 35 dah keluar, aku dah beli tapi tak sempat untuk membacanya lagi, lagipun aku beli last sebelum raya, so aku tinggalkan kat rumah sewa... isi nya aku tak baca dan tak tahu lagi, tapi masa beli buka sekali imbas.. hohohohohohoho..sangat2 la menarik hati ....

so para blogger, apa salahnya gunakan solusi sebagai wadah bacaan di masa lapang kalau sekali sekala tak berblog , lagipun tak salah mencari ilmu yang sedikit, yang sedikit tu kalau di manfaatkan sebaik mungkin insyaalah, hati yang keras pun menjadi cair..~


to all blogger~ selamat membaca ~ ><

p/s: malam ni nak start baca solusi...~

Di Pagi Hari Raya

hehehehe..hari ni tak ada apa yang dapat di ungkapkan , hanya gambar... ini gmbar kita orang di hari raya pertama.. dan paling penting aku semakin mengemukkan diri..hehehehe..sebulan puasa orang kurus..aku plak terbalik.. gemuk la plak..hehehe.. opss.... tlebih cakap lak..hehehehe.. layan la gmbar2 nih~

luqman hakin dengan kak ya.. makin bulat adik aku sorang tu

wat drama sikit hihihihihi~

aku with luqman hakim dan syaima


gambar sefamily tak ada la plak.. almaklumlah family aku ni susah nak bergambor.. lagi pun hari raya pertama xcukup korum da.. iwan dengan kak nor tak ada..so apa yang ada jer la aku publish~

selamat hari raya~ ><



aku mengidam .. tercapai sudah

Assalamualaikum...

wahai blogger sekelian alam.. dah lunch lum???? hohohohoho..jgn lupa makan tengahari tau.. semalam makan bubur ayam MCD nyum2x..sedap woo..tapi syg tkurang something yang aku suka bau dan rasanya... minyak bijan..huhuhuuhu..frust terus hati aku ni..tawar hati woo makan bubur ayam xberminyak bijan.. sob3x... tp makan gak la hehehehehe~

dan hari ini...

aku happy..sbb staff mcd xlupa taruk minyak bijannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..dan hasilnya.......




hahahahaha... aku makan lunch dgn bubur mcd lagikkkkkkkkkkkkkkk..yippi.....~ 

dan akhirnya... apa yang aku idamkan dari semalam dah dapat..~

p/s: sambil makan bubur mcd ni ..sambil tunggu si jantung hati sampai ke penang~ wish si dia tercinta selamat sampai~ amin.

Soal Jawab : Bercinta Dengan Suami Orang


Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada nina :
assalamualaikum ustaz..
umur saya menghampiri angka 30an..jodoh masih belom menjengah walaupon ramai pelik kerana diorg kate sy memiliki pakej yg baik..bukan sy ckp,diorg ckp..ade yg kata sy ni cerewet sgt..tp terus trang sy ckp,sbnrnye blum jumpa manusia yg btol pada masa dan tempat yg betol..jodoh pertemuan di tangan Allah..
sbnrnye sy telah bercinta dgn suami orang..pelbagai usaha sy lakukan utk menghindarinya termasuklah mencari jodoh ngan lelaki bujang..tetapi usaha sia2,malah makin kuat cinta sy kepada suami org tersebut..makin hari makin kritikal..
ust,sy pernah terbace luahan emosi seorg isteri yg di madu oleh suaminya..beliau kate,wanita perampas ini takde maruah.lebih baik jd andartu drpd rampas suami..tetapi bagi saya,sukar sbnrnye menjadi single all the time smpi tua..sekurang-kurangnya bila dah ade suami,ade juga zuriat yg boleh mendoakan kita,btol tak..adakah saya mementingkan diri sendiri jika bertindak mengahwini suami org?mak sy ibu tunggal,makcik sy pon ade yg single walaupon dah memasuki warga emas..sy nmpk kesunyian mereka tatkala usia sebegini..anak2 ade jd peneman,tp tak same..(nasib baik la sy lmbt kawen,bole la jd geng ngan mak)
utk pengetahuan ust,tiada siapa mengetahui hubungan kami..sy buntu ust..sy dah byk kali nak tinggalkan,tp makin kuat lak perasaan terhadap dia.mcm klise,kan..kami bukan romantik2 pon..slalu gado ade la..tp gado tu la yg makin jd pengerat perasaan kami..
sekiranya sy pilih utk teruskan hbgn ni,sy tau byk benda sy kene korbankan..sy takkan dpt kehidupan sama mcm psngan suami isteri lain..
tu psl la dlm pada masa yg same sy terima je kalo mak sy kenenkan sy ngan sape2 yg die berkenan…..tp last2 tak menjadi..mgkin gak la sbb sy terima ngan tak ikhlas kot..padan kat muke sendiri..
tp hbgn sy ngan si dia tu mmg ‘sesuatu’ dlm kehidupan sy..
Masalah seperti ini memang sangat biasa berlaku di zaman kekurangan lelaki ni.. bukan kurang sebab peperangan, tapi kurang sbb ramai yg masuk penjara, pusat serenti dsb. Sebab tu ramai wanita tempatan dah tak kisah walaupun terpaksa bernikah dengan lelaki luar negara (sebut luar negara tu lebih supan daripada sebut lelaki asing.. mcm alien plak bunyinya).. Kena yang bertanggungjawab, syukur alhamdulillah.. kena dengan yg tak bertanggungjawab, memang bertimpa2 masalah.. apatah lagi kalau dah sampai berhijrah ke luar negara (ke seberang)..
Asasnya, para wanita perlu menyedari bahawa segala yg ada pada tubuh badannya bukanlah hak milik kekal beliau.. bila2 masa je Allah boleh amik.. kecantikan yg ada pada wajahnya suatu ketika dulu, Allah akan gantikan dengan kekedutan suatu masa nanti.. hatta nyawanya sendiri suatu hari nanti akan diambil kembali oleh Allah.. kerana semua itu hanya pinjaman, bukan sewa beli mahupun pajak gadai.
Kalaulah mereka menyedari bahawa yg ada pada tubuh badan mereka sendiri bukanlah hak milik mutlak mereka, maka bagaimana mereka boleh menyangka yang suami2 mereka itu adalah hak milik mutlak mereka? Hanya mereka yang menganggap sesuatu itu hak milik mereka saja yg akan mengecop sesiapa yg mengambilnya sebagai perampas, pencuri, perampok dsb.. Kalau mereka sedar, nescaya takkan wujud istilah perampas ini.
Allah s.w.t. telah mengharuskan seorang lelaki itu berpoligami sampai 4 orang.. tapi kena ada sifat adil.. iaitu adil dari sudut zahir.. bermaksud, kemampuan berlaku adil untuk memberikan hak sama rata kepada semua isteri (penggiliran, nafkah, tempat tinggal, pakaian dsb). Jika seorang isteri itu melihat suaminya sebagai seorang yg mampu berlaku adil, maka Ustaz Love rasa takde masalah beliau nak merelakan hatinya supaya suaminya yg gediks itu berkahwin lain.
Masalah yg selalu berlaku biasanya, sang suami itu sendiri tak mampu nak memenuhi tanggungjawab zahir terhadap seorang isteri.. gaji pun cukup2 makan je.. isteri plak yg nak kena tambah lagi.. lepas tu gatal plak nak nikah lain.. maka, dah tentu isteri itu akan kerisauan memikirkan situasi suami.. alangkan isteri sorang ni pun tak mampu nak bagi makan, nak nikah lain plak.. takkan nak suh 2 orang isteri tanggung sang suami kot? kalau suami tu nak kahwin dengan mak janda kaya ke, bleh la difikir2kan.. kihkih
Jadi, bila cik nina bagitau hubungan itu dilakukan secara sembunyi2, memang sah ianya tidak mendapat restu daripada isteri pertama.. Juga cik nina meyakini bahawa ianya takkan mendapat restu sang ibu :
kalo refer ngan mak kompem kene sekeh sbb duk ade skandal ngan somi org..huwaaaaaa….
Ustaz Love bagi analogi la.. supaya senang kita bleh sama2 fikir..
Kalau kita tahu, kat depan tu ada longkang besar.. kat bawah tu ada buaya, biawak, babi, ayam, cicak dsb.. dan kita meyakini kita dapat melintasinya dengan sekali lompat, maka apa salahnya kita mencubanya.. mana la tau, lepas..
Kalau kita tak yakin nak melompat, kenapa kita nak cuba juga melompat yg mana kita memang dah tau dah akan jatuh ke dalam longkang tu.. ada baiknya kita amik masa sket, buat titi ke.. insyaAllah, kita akan dapat melintas longkang itu dengan jayanya sambil menjelir2kan lidah kepada makhluk2 kat dalam longkang itu..
Dalam kes cik nina ini, cik nina sendiri telah yakin bahawa pastinya kehidupan berkeluarga cik nina nanti tak seperti pasangan biasa.. jadi, kenapa diteruskan juga? Bab “sesuatu” itu, Ustaz Love tak nak fokus sangat.. sbb bagi Ustaz Love, perkahwinan ini bermatlamat jangka panjang.. bukan setakat 20 – 30 minit bersetubuh je, tapi bermatlamat nak dibawa sampai ke syurga.. bagaimana halnya kalau dengan perkahwinan itu, kita bakal melukakan hati ramai orang (terutama hati ibu, hati isteri pertama, hati anak2 tiri dsb)?
Sebab itu, kalau sebelum berkahwin lagi, sang lelaki tak sanggup untuk berterus-terang dengan isteri.. sang perempuan (cik nina) tak sanggup nak berterus-terang dengan ibu, bagaimana agaknya situasi masa kahwin? Nak kahwin berlari, berjalan atau mcm mana? Bagaimana plak situasi selepas kahwin?
Akhirnya, bila dah tak sanggup nak menanggung susah, kembali ke rumah mak sambil menangis2 kesedihan.. kesian kat mak.. sepatutnya dalam usia tuanya itu, dia dah bleh menumpang kesenangan anak menantu.. ini, dia plak yg terpaksa nak menjaga anak cucu..
Nasihat Ustaz Love, berterus terang dengan ibu.. bagitau hal yang sebenarnya.. jika ibu bersetuju, maka tanggungjawab lelaki tu plak nak kena bagitau isteri pertama dia.. percayalah, kalau beliau tak sanggup nak bagitau (alasan nak jaga hati, tak sanggup dsb), maka sebenarnya beliau memang seorang lelaki yang tak sanggup nak tanggung risiko.. Ada kemungkinan bila rahsia dah terbongkar, cik nina akan dibiarkan terkontang kanting sendirian.. kalau rahsia tak terbongkar pun, mungkin cik nina akan terpaksa makan hati berulamkan jantung (pehh.. meleleh plak air liur.. bleh buat juadah berbuka ni.. kihkih) sbb sang suami melebihkan isteri pertama semata2 nak jaga rahsia.
Kalau ibu tak setuju, maka dengan pantasnya, mintalah ibu carikan jodoh untuk cik nina.. jangan malu2.. insyaAllah, ibu pasti akan cuba membantu mana termampu.. dan mencarikan jodoh terbaik buat anak kesayangannya..
Persoalan umur tak perlu difikirkan sangat.. Didie Alias pun bleh dapat suami muda.. jangan terburu2 dalam mencari jodoh.. sekiranya memilih baju (yg kita akan pakai mungkin setahun dua je) di shopping complex pun kita akan memilih dengan teliti (saiznya, warnanya, ada koyak ke tak, berkenan ke tak kat hati), apatah lagi memilih jodoh yg akan bersama kita seumur hidup..
Akhir kata, Ustaz Love doakan semoga cik nina dapat melakukan pilihan yang tepat.. Jangan lupakan istikharah dan meminta nasihat orang2 tua.. insyaAllah, selamat dunia akhirat ;)


kredit kepada ustazlove.com

Saturday, August 27, 2011

AKU TERPAKSA TINGGALKAN DUNIA BLOG

Assalamualaikum...




Kepada Semua Para Blogger, saya nak wish selamat hari raya semua, pas ni xbberblog untuk beberapa hari~ start Esok Sehinggalah raya keDUA..raya ketiga dh kmbali bkerja.. waa.....sadisnya bunyikkkk~~~~ apa boleh buat, esok adalah hari paling buzy untuk saya dan sekelian alam hehehehe~

appun saya mengucapkan selamat hari araya, andai ada kata tersilap kata harap dimaafkan~ andai saya ada tinggalkan komen yang berbaur tidak puas hati maafkan saya.. appun salam lebaran semua~

teruskan bblogging yer d hari raya~ update citer best2 k...~

p/s: untuk khalis jgn makan ketupat rendang banyak2 tau.. hehehehe ><... selamat hari raya~


ok2x...stop dah..~ sayang korang..syg blog nih..~ selamat berehat yer wahai blog ku syg ~

Tuesday, August 23, 2011

Bila Bergaduh.. Buanglah Ego Mu

Hari ni hari yang moody utk aku.. huarghhhhh, tak gaduh dengan si dia tapi terasa kecik hati sangat2x dengan si dia? perlu kew aku publish citer aku dengan dia, yup tak perlu pun tu cerita aku.. cuma aku nak bagitahu bila kita bergaduh especially perempuan, yang kecil pun menjadi besar kerana perempuan ni jiwanya sensitif pasti terhiris-hiris bila jadi sesuatu. tapi lelaki jangan la panjangkan pergaduhan tu, pujuk lah perempuan tu.. hehehehe, tadi blogwalking kejap, cari sesuatu yang boleh di buat nasihat... jumpa something yang buat aku mula hantar mesej kat si dia dan minta maaf, berbaik lah jangan lah terlalu ego kerana ia akan mengeruhkan saja hubungan tu. berbaik-baik di bulan puasa kan lagi baik hihihihihihihih...


opsss" si dia dah balas mesej..yea2x...happy balik nih hehehehehe  ...><


so saya nak share something.. yang ni untuk si para isteri hehehehe..tak ada kena mengena dgn tajuk saya kan??? sebab jiwa tengah kacau tadi hahahahaha~ baca lah untuk tatapan korang ehh~ ><




Hakikat perbezaan Antara Perempuan dan Isteri, Lelaki dan Suami.

Wahai perempuan, aku di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Wahai Isteri, aku di sini sebagai suami ingin bagi tahu. Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, suami sukakan perempuan yang menutup auratnya. Dan dia lebih menghargainya begitu?
Wahai perempuan, tahukah kalian yang lelaki sangat suka bila kalian manja-manja dengan dia? Tapi wahai isteri, tahukah kamu yang suami-suami kamu sangat manja sebenarnya. Dan mereka sebenarnya sangat suka dimanja-manjakan. Di tanyai oleh kamu “Hai abang... kenapa muyuk2 niey...?” “Hai abang...puyut abang cam niey pun nampak tomeyy laaa..” Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.
Wahai perempuan, mahu tak kalau aku bukakan satu rahsia mengenai lelaki? Lelaki ini sebenarnya sangat lemah dengan air mata kalian. Tetapi isteri-isteri semua, jangan takut untuk menangis kerana air mata kalian bagi suami-suamimu adalah kekuatan buat mereka. Kerana airmata kamulah suami bisa bangkit berjuang kembali disaat mereka rebah jatuh kecewa.
Wahai perempuan, tahukah kamu yang lelaki takut pada perempuan yang gemuk? Walaupun pada hakikatnya yang mereka juga bulat macam buah nangka masak? Dan wahai isteri, kalian sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk badan sangat kerana suami suka memeluk anda, kerana anda wangi dan mereka suka mencium kamu, kerana rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak kusut masai dan mengerbang-gerbang) Jadi jagalah kebersihan diri dan selalulah mandi. Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah wangi semanjang, kadang tur kitorang pun hapak juga. Hahahaha...
Tahu tak perempuan yang lelaki suka kalian pakai jarang-jarang, dan singkat-singkat. Mereka suka tengok, kalau dapat mereka gatal nak pegang. Tapi percayalah, yang mereka tidak akan sekali-kali menjadikan anda pilihan no satu untuk dijadikan isteri. Wahai isteri, tahu tak kamu semua aper kenyataan yang sebenarnya apabila suami anda memberi komenter pada pakaian anda..? Contoh: Hisk...!!! Pegi salin laa baju lain. (sebab seksi sangat).” Sebenarnya mereka suka sangat tur, tapi mereka nih spesis yang tak leh berkongsi apa pun dengan orang lain. Sebenarnya mereka tidak mahu orang lain lihat yang isterinya sangat menarik. Jadi pandai-pandailah kalian menyakinkan mereka yang permandangan yang sangat indah itu hanya untuk mereka sahaja, pasti suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai mamak.
Wahai perempuan, kamu nak tahu tak bila kalian berkata “ aku tak nak kacau dialah, aku nak bagi ruang pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu meletakkan hubungan kamu dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka perempaun yang merengek-rengek dengan dia. Berbeza pula dengan suami, jangan sekali-kali isteri merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami sedang melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan yang penting. Contoh sewaktu tayangan lansung liga juara-juara eropah...? Hahahahhaa.
Wahai perempuan. Tahu tidak sifat pak turut kalian hanya merendahkan nilai kalian disisi lelaki? Namun bagi seorang isteri pula sifat itu sangatlah penting. Itu melambangkan bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi bukan bermakna kamu akan membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi penilaian dalam membuat keputusan.
Satu lagi wahai perempuan dan isteri. Ini rasa dek aku sama jer, baik sebelum kamu menjadi isterinya atau sesudah menjadi isteri mereka. Janganlah kalian memakai mekap yang tebal-tebal, sampai nampak berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh meleleh-leleh macam air susu... Yarkkkk!!!! Tak sanggup laaa aku. Cukup la badan tak bau busuk, bibir tidak  nampak lebam dan pucat. Kalau tidak jangan salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan jangan mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang jalan tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak mahu ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang dah macam opera cina.
Wahai perempuan semua, andai kata adik korang datang menyibuk sewaktu teman lelaki korang datang bertandang kerumah dan minum petang disana. Jangan sekali-kali korang menengking adik korang depan dia. Sebab itu akan membuatkan mereka berhenti untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan kalian. Dan wahai isteri-isteri yang cantik akhlak semua. Jangan kamu memarahi anak-anak kamu dengan suara yang nyaring dan gertakan-gertakan yang menakutkan. Kerana suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini sebenarnya. Walaupun pada pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil pusing. Tapi sebenarnya mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah kalian itu bukan ibu-ibu kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan penampar dari pagi-pagi buta lagi dah.
Satu perkara yang selalu diabaikan oleh perempuan bila mereka bergelar isteri. Suami kamu sebenarnya suka kalau kamu nakal dengan mereka. (bagaimana? Laaa lua pikir la sendiri) Hahahaha.... Tau kenaper ? Sebab lelaki nih, sama ada dia lelaki, suami atau ayah. Mereka tetap nakal sampai bila-bila. Jadi imbangilah kenakalan mereka. Dan dalam hati mereka pula, mereka, lelaki ini sangat lambat tuanya. Forever young. Hehhehee.....
kredit daripada sumber wirajiwa.bumicyber.com

8 Pertanda Dia Jodoh Anda
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya.Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?


Petanda1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah lapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

sumber daripada wirajiwa.bumicyber


p/s: xkira tak kena mengena dengan tajuk pun kena baca..hehehehehehehehehehehe..jgn marah tau~