misz.dejavu

follow facebook - dealova_1987@yahoo.com ( cahaya mataku )

blog ini blog peribadi, apa saya suka saya tulis, apa saya pikir saya tulis, blog saya berdasarkan apa yang berlaku dsekeliling saya, di depan, di belakang mahupun d kejauhan saya. blog saya tidak mungkin s'skema saya. impian saya jadikan blog saya diari saya, anda suka anda baca, anda tak suka senyap saja. biarlah hati anda saja berkata2x..saya jugak akan copy paste jika merasakan ia sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, tp jangan risau kerana saya pastikan apa yang saya copy n paste itu saya link kan ke tuan punya blog, tanda saya hargai nukilan anda~ saya ikhlas mengatakan sesiapa msuk blog saya, terima kasih sy hargai.. >>> ok2x dah hbis skema.. apa2 tq. hik2x... wat muka comel skit ><.. korang mmg comey ><

Post Mortem

Powered By Blogger

Sunday, September 4, 2011

Soal Jawab : Bercinta Dengan Suami Orang


Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada nina :
assalamualaikum ustaz..
umur saya menghampiri angka 30an..jodoh masih belom menjengah walaupon ramai pelik kerana diorg kate sy memiliki pakej yg baik..bukan sy ckp,diorg ckp..ade yg kata sy ni cerewet sgt..tp terus trang sy ckp,sbnrnye blum jumpa manusia yg btol pada masa dan tempat yg betol..jodoh pertemuan di tangan Allah..
sbnrnye sy telah bercinta dgn suami orang..pelbagai usaha sy lakukan utk menghindarinya termasuklah mencari jodoh ngan lelaki bujang..tetapi usaha sia2,malah makin kuat cinta sy kepada suami org tersebut..makin hari makin kritikal..
ust,sy pernah terbace luahan emosi seorg isteri yg di madu oleh suaminya..beliau kate,wanita perampas ini takde maruah.lebih baik jd andartu drpd rampas suami..tetapi bagi saya,sukar sbnrnye menjadi single all the time smpi tua..sekurang-kurangnya bila dah ade suami,ade juga zuriat yg boleh mendoakan kita,btol tak..adakah saya mementingkan diri sendiri jika bertindak mengahwini suami org?mak sy ibu tunggal,makcik sy pon ade yg single walaupon dah memasuki warga emas..sy nmpk kesunyian mereka tatkala usia sebegini..anak2 ade jd peneman,tp tak same..(nasib baik la sy lmbt kawen,bole la jd geng ngan mak)
utk pengetahuan ust,tiada siapa mengetahui hubungan kami..sy buntu ust..sy dah byk kali nak tinggalkan,tp makin kuat lak perasaan terhadap dia.mcm klise,kan..kami bukan romantik2 pon..slalu gado ade la..tp gado tu la yg makin jd pengerat perasaan kami..
sekiranya sy pilih utk teruskan hbgn ni,sy tau byk benda sy kene korbankan..sy takkan dpt kehidupan sama mcm psngan suami isteri lain..
tu psl la dlm pada masa yg same sy terima je kalo mak sy kenenkan sy ngan sape2 yg die berkenan…..tp last2 tak menjadi..mgkin gak la sbb sy terima ngan tak ikhlas kot..padan kat muke sendiri..
tp hbgn sy ngan si dia tu mmg ‘sesuatu’ dlm kehidupan sy..
Masalah seperti ini memang sangat biasa berlaku di zaman kekurangan lelaki ni.. bukan kurang sebab peperangan, tapi kurang sbb ramai yg masuk penjara, pusat serenti dsb. Sebab tu ramai wanita tempatan dah tak kisah walaupun terpaksa bernikah dengan lelaki luar negara (sebut luar negara tu lebih supan daripada sebut lelaki asing.. mcm alien plak bunyinya).. Kena yang bertanggungjawab, syukur alhamdulillah.. kena dengan yg tak bertanggungjawab, memang bertimpa2 masalah.. apatah lagi kalau dah sampai berhijrah ke luar negara (ke seberang)..
Asasnya, para wanita perlu menyedari bahawa segala yg ada pada tubuh badannya bukanlah hak milik kekal beliau.. bila2 masa je Allah boleh amik.. kecantikan yg ada pada wajahnya suatu ketika dulu, Allah akan gantikan dengan kekedutan suatu masa nanti.. hatta nyawanya sendiri suatu hari nanti akan diambil kembali oleh Allah.. kerana semua itu hanya pinjaman, bukan sewa beli mahupun pajak gadai.
Kalaulah mereka menyedari bahawa yg ada pada tubuh badan mereka sendiri bukanlah hak milik mutlak mereka, maka bagaimana mereka boleh menyangka yang suami2 mereka itu adalah hak milik mutlak mereka? Hanya mereka yang menganggap sesuatu itu hak milik mereka saja yg akan mengecop sesiapa yg mengambilnya sebagai perampas, pencuri, perampok dsb.. Kalau mereka sedar, nescaya takkan wujud istilah perampas ini.
Allah s.w.t. telah mengharuskan seorang lelaki itu berpoligami sampai 4 orang.. tapi kena ada sifat adil.. iaitu adil dari sudut zahir.. bermaksud, kemampuan berlaku adil untuk memberikan hak sama rata kepada semua isteri (penggiliran, nafkah, tempat tinggal, pakaian dsb). Jika seorang isteri itu melihat suaminya sebagai seorang yg mampu berlaku adil, maka Ustaz Love rasa takde masalah beliau nak merelakan hatinya supaya suaminya yg gediks itu berkahwin lain.
Masalah yg selalu berlaku biasanya, sang suami itu sendiri tak mampu nak memenuhi tanggungjawab zahir terhadap seorang isteri.. gaji pun cukup2 makan je.. isteri plak yg nak kena tambah lagi.. lepas tu gatal plak nak nikah lain.. maka, dah tentu isteri itu akan kerisauan memikirkan situasi suami.. alangkan isteri sorang ni pun tak mampu nak bagi makan, nak nikah lain plak.. takkan nak suh 2 orang isteri tanggung sang suami kot? kalau suami tu nak kahwin dengan mak janda kaya ke, bleh la difikir2kan.. kihkih
Jadi, bila cik nina bagitau hubungan itu dilakukan secara sembunyi2, memang sah ianya tidak mendapat restu daripada isteri pertama.. Juga cik nina meyakini bahawa ianya takkan mendapat restu sang ibu :
kalo refer ngan mak kompem kene sekeh sbb duk ade skandal ngan somi org..huwaaaaaa….
Ustaz Love bagi analogi la.. supaya senang kita bleh sama2 fikir..
Kalau kita tahu, kat depan tu ada longkang besar.. kat bawah tu ada buaya, biawak, babi, ayam, cicak dsb.. dan kita meyakini kita dapat melintasinya dengan sekali lompat, maka apa salahnya kita mencubanya.. mana la tau, lepas..
Kalau kita tak yakin nak melompat, kenapa kita nak cuba juga melompat yg mana kita memang dah tau dah akan jatuh ke dalam longkang tu.. ada baiknya kita amik masa sket, buat titi ke.. insyaAllah, kita akan dapat melintas longkang itu dengan jayanya sambil menjelir2kan lidah kepada makhluk2 kat dalam longkang itu..
Dalam kes cik nina ini, cik nina sendiri telah yakin bahawa pastinya kehidupan berkeluarga cik nina nanti tak seperti pasangan biasa.. jadi, kenapa diteruskan juga? Bab “sesuatu” itu, Ustaz Love tak nak fokus sangat.. sbb bagi Ustaz Love, perkahwinan ini bermatlamat jangka panjang.. bukan setakat 20 – 30 minit bersetubuh je, tapi bermatlamat nak dibawa sampai ke syurga.. bagaimana halnya kalau dengan perkahwinan itu, kita bakal melukakan hati ramai orang (terutama hati ibu, hati isteri pertama, hati anak2 tiri dsb)?
Sebab itu, kalau sebelum berkahwin lagi, sang lelaki tak sanggup untuk berterus-terang dengan isteri.. sang perempuan (cik nina) tak sanggup nak berterus-terang dengan ibu, bagaimana agaknya situasi masa kahwin? Nak kahwin berlari, berjalan atau mcm mana? Bagaimana plak situasi selepas kahwin?
Akhirnya, bila dah tak sanggup nak menanggung susah, kembali ke rumah mak sambil menangis2 kesedihan.. kesian kat mak.. sepatutnya dalam usia tuanya itu, dia dah bleh menumpang kesenangan anak menantu.. ini, dia plak yg terpaksa nak menjaga anak cucu..
Nasihat Ustaz Love, berterus terang dengan ibu.. bagitau hal yang sebenarnya.. jika ibu bersetuju, maka tanggungjawab lelaki tu plak nak kena bagitau isteri pertama dia.. percayalah, kalau beliau tak sanggup nak bagitau (alasan nak jaga hati, tak sanggup dsb), maka sebenarnya beliau memang seorang lelaki yang tak sanggup nak tanggung risiko.. Ada kemungkinan bila rahsia dah terbongkar, cik nina akan dibiarkan terkontang kanting sendirian.. kalau rahsia tak terbongkar pun, mungkin cik nina akan terpaksa makan hati berulamkan jantung (pehh.. meleleh plak air liur.. bleh buat juadah berbuka ni.. kihkih) sbb sang suami melebihkan isteri pertama semata2 nak jaga rahsia.
Kalau ibu tak setuju, maka dengan pantasnya, mintalah ibu carikan jodoh untuk cik nina.. jangan malu2.. insyaAllah, ibu pasti akan cuba membantu mana termampu.. dan mencarikan jodoh terbaik buat anak kesayangannya..
Persoalan umur tak perlu difikirkan sangat.. Didie Alias pun bleh dapat suami muda.. jangan terburu2 dalam mencari jodoh.. sekiranya memilih baju (yg kita akan pakai mungkin setahun dua je) di shopping complex pun kita akan memilih dengan teliti (saiznya, warnanya, ada koyak ke tak, berkenan ke tak kat hati), apatah lagi memilih jodoh yg akan bersama kita seumur hidup..
Akhir kata, Ustaz Love doakan semoga cik nina dapat melakukan pilihan yang tepat.. Jangan lupakan istikharah dan meminta nasihat orang2 tua.. insyaAllah, selamat dunia akhirat ;)


kredit kepada ustazlove.com

No comments: