misz.dejavu

follow facebook - dealova_1987@yahoo.com ( cahaya mataku )

blog ini blog peribadi, apa saya suka saya tulis, apa saya pikir saya tulis, blog saya berdasarkan apa yang berlaku dsekeliling saya, di depan, di belakang mahupun d kejauhan saya. blog saya tidak mungkin s'skema saya. impian saya jadikan blog saya diari saya, anda suka anda baca, anda tak suka senyap saja. biarlah hati anda saja berkata2x..saya jugak akan copy paste jika merasakan ia sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, tp jangan risau kerana saya pastikan apa yang saya copy n paste itu saya link kan ke tuan punya blog, tanda saya hargai nukilan anda~ saya ikhlas mengatakan sesiapa msuk blog saya, terima kasih sy hargai.. >>> ok2x dah hbis skema.. apa2 tq. hik2x... wat muka comel skit ><.. korang mmg comey ><

Post Mortem

Powered By Blogger

Tuesday, November 15, 2011

ko kerek yer dengan aku auntie paper

Salam..


nak kongsi satu cerita pasal auntie paper dekat tempat aku nih, terbaik punya kerek la. dia bengang dengan aku pasal aku tak jual kereta mak aku tu kat dia la, suka hati aku la nak jual ker tak. dah la dulu-dulu minta cara elok, aku layan cara elok, bila aku kata nanti bincang dengan mak den, dia dok paksa-paksa, sikit-sikit tanya pasal kereta bila nak jual. aku malas nak cakap pasal kereta tu sebab aku sayang gila kot kat kereta lama mak aku tu. memang tak nak jual la. dia dok tanya, aku semyum jer la.. ikhlas punya senyuman. pas tu, dia tau aku nak beli kereta baru, cepat-cepat dia bagitahu suami dia yang di gelar uncle paper...


so, excited kot dia tanya harga boleh bincang. aku plak excited cerita kat mak aku pasal tu, almaklumlah kereta lama pun still da yang nak beli kan3x... hehehehehe, dipendekkan cerita aku tak nak jual la.


pada suatu hari, auntie paper tu panggil aku, aku dengan berbesar hati pi la kat dia, tetiba dengan mengerekkan diri diayang sedia kerek tu, dia cakap " u punya kereta tu sudah lama, kalu jual rm800.00 pun ok lah, i tengok u punya bumbung kereta pun sudah kopak, kereta pun tarak elok.., 800 sudah lah." kata auntie.


aku dengan tersenyum yang memang sakit hati ni pun berkata " nanti la saya cakap dengan mak saya"


padahal dalam hati dok sumpah seranah.. what the *********** , suka-suka hati kau jer letak harga macam tu.. kereta aku tu walaupun lama, enjin dia power lagi ok! jangan padang pada luaran semata-mata. sakit hati .. nak ajak berlumba dengan F1 pun aku tak takut lah..... grrrrrrrrrrrrr~


sejak dari hari itu, aku pun dah beli kereta, dia memandang aku dengan sinis jer. aku balas dengan senyuman yang penuh bermakna. dan sejak hari itu jugak, setelah aku tidak lagi keluar bersama kereta lama ku. dia pun kompom tertanya-tanya mana g kereta aku tu?


nak saja kalau dia tanya, aku mau bagitahu. yang aku dah jualkan dengan harga paling terbaik punya, siap gila-gila orang tu letak harga tinggi. tapi kang tak pasal-pasal dia anti dengan aku, aku nak beli kopok 0.30 kupang pun dia taruk harga mahal, dah la antie ni kedekut dan cekik darah sikit berbanding uncle.


sekarang ni, dia wat kerek cam ner tau...


hari tu, aku nak photostat ic, dia cakap mesin problem, aku pun cakap la, habis tu macam mana? walaupun agak bodoh soalan aku tu, dia cakap u repair la sendiri..


dan hari ni, aku nak beli sampul surat A4, dia cakap dah habis, padahal berlambak lagi kot kat situ, aku cuba tanya selain dari A4? Yang besar ckit...? pehhh..tbaik kot..sambil dia bercakap dengan telefon dan dia tunjukkan jari dia keatas>>>> menunjukkan aku kena beli dekat tesco... pas tu dia buat muka baik plak...


yer..hati ku terbakar lagik.. jaga la ko antie paper, kalau aku beli dengan uncle jap lagi ada.. memang aku akan buat dingin sedingin dekat kau.


sekian cerita aku tentang auntie paper yang kerek sam dollll~

Sunday, November 13, 2011

Diganggu Trevor..kah kah kah

Assalamualaikum...

woooooo..............tengahari aku dah kena serang ahgin ahmar nih.. nasib baik la api tak naik ke kepala.. 

sekadar gambar hiasan.. ( bayangkan trevor seperti ini???? )


hahahahaha..saya ingin gelak pada trevor..kah kah kah..aku nak gelak sama dia..kah kah kah...

sesiapa yang selalu masuk blogslucumenarik.blogspot.com selalunya akan baca satu komen yang bodoh dan bangang dari jantan yg bernama trevor, cian kat trevor ni, dia juga suka cari pasal dengan khalis, woooooowowowowowowow..dia cari pasal suka hati mak bapa dia jer..ni kalu dia baca kompom dia mau mengodam blog aku sepenuh hati ..kan trevor.. tapi tak jantan la kalau kau cari pasal dengan aku. maaf yer trevor, saya masih lagi dalam mood raya haji, jadi tidak mahulah marah-marah kamu, 

da ka patut si trevor ni hantar komen yang lucas d tengahari buto2x ni dekat blog akuuuuuu dan sy dah spam sebab geli's kot nak baca.. aiyoooo..very xgentleman kan kamo ni.. xper la, saya kesian dekat kamo..baru sahaja belajar membaca dan mengeja..

nak ambik RM0.20 SEN ni..kamu main jauh-jauh yer trevor........


sila gelak pada trevor kah..kah ..kah...

kalau rajin g la tgk komen-komen trevor kat blog khalis yer..jeng3x....

saya dah buat promosi untuk kamu ni..bolehlah pas ni jadik glamour yer macam minah mengadap komputer 24 jam ( sesiapa yang rajin layan beautifulnara kompom tau)

Tuesday, November 8, 2011

Layan Google Graviti

jom2x..klik kat sini....


hempas2 gua



sambil menghilangkan kebosanan tahap gila baban~

Petang Yang Mengenyangkan

hohohohohohoho.....

Gendang Gendut Tali Kecapi,
Kenyang Perut Nak Makan Lagi.

Pantun Dua Kerat ni sangat-sangat la sesuai untuk aku yang dah makan pagi berdouble-double aku melantak sakan.. kah3x... ni lapar lagik sebenarnya, tapi terpaksa tahan.

teringat pagi tadi...

7.40   pg makan Roti Canai.. fuyooo..tu dah berapa ratus kalori tu.. 

10.00 pg Nasi Himpit Bersama kuah kacang dan Rendang Satay.. fuyoooo...terbaiklah setakat ni..

11.00 pg Ketupat Daun Palas bersama Rendang Daging.. 

Memang terbaiklah mak-mak budak tesco ni masak, Aku memang suka part makan, tambah-tambah bab makan free, sapa yang nak tolak rezeki??? kan????

tu tak kira tengahari punya,...nasib baiklah aku makan biskut jer kahhh3x.....

ni kalau si jantung hati aku tau aku makan tu semua, dia pakat geleng kepala la.. udah lew makin gemuk.. ni bertambah lagik kilo...

padahal tadi masa dok sembang call, dia tanya aku dah makan lum?

ayat aku..hehehehe.. "aku cakap belum..tak lalu.."
tapi aku tahu dia tak caya aku tang makan nih, ley lak dia cakap " yerla tu, tah2x dah kenyang"

sebenarnya tu memang ayat untuk menyelamatkan diri dan ayat kasihan aku keh3x...

tapi tak apa..dalam hati aku..setahun sekali jer kan nak makan makanan raya... tapi apa kejadahnya setahun sekali.. esok mak shira nak datang pulak bawa makanan.. haishhh..aku boleh gila makan cam ni, almaklumlah nak balik kampung lambat lagik, nak tunggu jumaat nih, huhuhuhuhu..lamo lagi nih.. pejam mata buka mata, lama lagik aku rasa...

dah masuk petang nih.. aku dah mengidam Ayam Kfc dengan cucur Udang... 

hehehehehehehe..ok la..nak p cari makan dulu, customer pun tak ada..huhuhuhuhuhu.. tu yang wat aku mau makan jer nih...

(GAMBAR) Anugerah Skrin 2011 - Pakaian copy paste artis

Salam...

Sambil Layan Beatiful Nara yang asyik condemmm jerk nih.. baru aku terperasan something.. cian la kat artis kita-kita nih, sampai tak da modal nak cari baju patern lain, semua pakat copy n paste.. yer..jahat pulak tangan aku menaip ayat-ayat cam tu kekekekeke~

layankan jer la...





gambar depa ni aku teringat pulak dengan kumpulan-kumpulan yang suka pakai baju ni macam kumpulan dewa n hujan.. terbaik kottt....

tapi gambar yang last ni paling aku suka...
pakaian terbaik...

( layankan jerla ayat aku tu..hehehehehehe..jangan lupa terbalikkan ayat yer )

walaupun masih sedih dengan farida nih..><


mungkin dia rasa yang ni terbaik untuk dirinya, tak perla..bagi jer la ruang untuk dia berubah.
doakan yang baik2 yer.. 

amin.

kredit untuk gambar redmummy.com

Monday, November 7, 2011

Wajah Bayi Yang Dikatakan Anak Justin Bieber

Salam...




Justin Bieber dikatakan ayah kepada bayi yang bernama Tristyn Anthony Markhouse Yeater, baru saja berusia 4 bulan. walaweh, hebat jugaklah penangan justin bieber ni kalau betullah yang tu anak dia. justin Bieber dikehendaki menjalani ujian darah bagi menentukan samada betul atau tidak itu anak dia. 

korang pun mesti dah tahu kan bagaimana perkara tu terjadi kan? nak citer lebih-lebih malas nak taip sebenarnya. kalau rajin belilah surat khabar atau tengok berita kat internet yer.. hehehehehe, nak bagi korang-korang ni rajin mencari jugak lah.

bayangkan lah andai betul ujian yang dbuat tu memang betul2 belaka.. pehhh... kesian la bieber.. menangis lah peminat-peminat dia, tapi perempuan tu dikatakan pernah buat hal yang sama pada dua lelaki lain, sumber lain mengatakan perempuan tu hanya ingin duit sahaja.

justin sabar jer lah yer, kalau bukan tu anak ko, ko g jerla wat ujian darah tu. settle.

Sunday, November 6, 2011

Terima Kasih Mak

Salam...


Gendang Gendut Tali Kecapi....
Kenyang Perut Senaglah Hati.

Terima Kasih Abah sebab hantarkan makanan raya untuk anak mu ini.. terima kasih Emak sebab wat kan rendang daging yang paling sedap di alam ini.

sambil makan sambil menaip.. lega sales dah masuk berkat abah datang kot hehehehehe....

Ya Allah sedap sangat-sangat bila dapat makan masakan air tangan ibu, sedap tak terkira, kalah makanan yang mahal2x... dapat gak makan masakan mak ..almaklumlah dah lama xbalik kampung..

sempat jugak lah call mak bagitahu makanan dah sampai.. dan cakap terima kasih mak sebab masakan makanan yang sedap2x...

love u mak... muahhhhhhhh...

View Aku Yang Penipu

Tadi-tadi saja la nak tengok statistik akunya view.. tengok macam pelik la plak, semalam aku pos satu benda jer aku rasa.. tapi apsal aku tgk yang view tu ramai sangat?????? 

hahahahahaha...ramai kew?????

ok2x..aku bagi korang gelak kat aku la...


statistik aku tu memang penipu.. penipu sangat2x..ko sengaja kan nak jaga hati aku yang tengah kecewa tak balik kampung kan3x......




sebenarnya tak pernah lagi lah masuk di akal oleh blog aku orang view macam tu melampau tinggi walaupun sekecil kuman.. ni kalau otai tengok dia orang pun gelak kat aku jer hahahahahahahahahahahaha..
kau ni blog..tau lah tuan kau ni tak dapat raya..tak kan lah kau pun dah tak betul.. cian kat kau.. aku kena kuar bagi kau rest dulu la blog.. tuan mu nak g restkan otak kejap sambil menunggu Rendang yamg bakal tiba tengahari nanti, kang kalau bapa aku tau aku dok layan blog bukan wat kerja.. nanti dia suh aku tutup kedai dan balik kampung hahahahaha~

ok2x...aku dah macam dengar ramai gelakkan aku ni ...chow dulu lah..keh3x...


salam raya haji..jangan lupa kat aku kalau korang dah makan daging korban tau..huhuhuhuhuhuhu ><

Raya Kat Tempat Kerja

Salam...

selamat hari raya Aidiladha.. hohohohohohoho...bestnya kalau dapat cuti dan balik kampung.. di fikiran aku sekarang ini dok fikir..andailah aku duk kat kampung, mak bawa balik daging korban..pas tu aku plak wat sup daging, sup tulang pehhhhhh,...nyum3x... tapi itu hanya andaian.. kalau aku kat kampung aku rasa ramai yang dok at kenduri-kendara nih..huarghhhhhhh sentap wooo..kena duk diam2x kat sini.. semua blogger pun dok bercuti..xaci2x...aku nak nangis nih. 

aku teringin makan 

Rendang Daging dengan ketupat lemang 

sekarang nihhhh.............!!!!!!

nasib baik lah bapa den pagi-pagi dah call tanya aku ?????

Abah: Aini..ko tak cuti kew? orang raya-raya ni cuti ko dok kerja...


Aku: huhuhuhuhu..mana da cuti la abah..tak ada orang ganti...( dengan suara yang sedih gila baban)


Abah: ni abah nak datang Penang, nak anta ko makanan, tapi tengahari la....


Aku : ( dalam hati gumbira gila-gila baban ni).. hehehehe..abah bawalah makanan banyak sikit tau, boleh simpan untuk 3-4 hari...


Abah :( nada terkezut) 3-4 hari???? ko biar btul..


Aku : Yerla abah, kita kan tak balik kampung.. nanti kita perangat la untuk makan sok lusa... hehehehe..


Abah: ok lah, nanti abah bawa banyak-banyak..tapi tengahri lah..


Aku : ok abah.....


yipppiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................. suka3x...... 


pergorbanan seorang bapa tu..sanggup datang anta makanan untuk anak dia yang sorang ni sebab tak dapat balik kampung..huhuhuhuu.. nasib baik aku dok penang jer.. kampung kat parit buntar.. kalau aku dok kat K.L????? huh...ralat aku kempunan tak dapat makan rendang mak masak...




syukur2x...

Saturday, November 5, 2011

Raya Haji Jew Aku Kerja..

Salam...


yea2x..sok raya haji.. sama2 la kita meraikan aidiladha, raya tahun ini aku terpaksa berkorban masa untuk kerja? grrrrrr..hati kena ikhlas walaupun xdapat balik kpg dan tak dapat makan daging korban..sob2x..sedih woo.. semua orang bengang kat aku sebab gi kerja waktu raya? yup...aku pun bengang dengan korang yang tak dapat memahami hati aku yang terpaksa kerja time raya.. korang ok lah dapat gak raya sehari da yang raya sampai seminggu.. aku nya kekasih hati plak cuti raya sampai 3 hari???? 

hehehehehe..ni luahan penuh ikhlas dgn kasih sayang yang tak berpenghujung ni.. walaupun dalam hati rasa nak nangis yang teramat-amat happy..

aku tak dapat balik raya sebab kita orang mana dapat cuti.. nak cuti boleh, tapi kena cari orang ganti, tapi sapa yang aku nak cari untuk ganti aku..xda sapa yang nak ganti time cuti-cuti raya gini..kah3x..gelak kat diri sendiri.. tak per lah, aku terpaksa senangkan hati aku..bos dah janji nak bayar 3x gnda gaji di hari raya haji ni.. huhuhuhuhuhu..sob3x... 

xperlah redha jer la wahai hati hihihihi..

k la..selamat hari raya aidiladha.. sambil2 tu sesama kita berfikir tahun ini apa yang sudah kita korbankan dengan hati yang ikhlas.. renung2kan~