misz.dejavu

follow facebook - dealova_1987@yahoo.com ( cahaya mataku )

blog ini blog peribadi, apa saya suka saya tulis, apa saya pikir saya tulis, blog saya berdasarkan apa yang berlaku dsekeliling saya, di depan, di belakang mahupun d kejauhan saya. blog saya tidak mungkin s'skema saya. impian saya jadikan blog saya diari saya, anda suka anda baca, anda tak suka senyap saja. biarlah hati anda saja berkata2x..saya jugak akan copy paste jika merasakan ia sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, tp jangan risau kerana saya pastikan apa yang saya copy n paste itu saya link kan ke tuan punya blog, tanda saya hargai nukilan anda~ saya ikhlas mengatakan sesiapa msuk blog saya, terima kasih sy hargai.. >>> ok2x dah hbis skema.. apa2 tq. hik2x... wat muka comel skit ><.. korang mmg comey ><

Post Mortem

Powered By Blogger

Thursday, July 7, 2011

Syaaban sudah menjelma Ramadhan bakal tiba

Assalamualaikum....

Bulan Syaaban dah menjelma.. pas ni Ramadhan, semua orang teringat raya jew..tp lupa nak ingat puasa.. hehehe~ tp apa yang kita semua dah get ready utk menghadapi Ramadhan..

1. BAJU RAYA ?

2. KUIH RAYA ?

3. DUIT RAYA ?

4. APA2 jer yang bkaitan dgn raya.. heh???

sebenarnya itu utk meraikan pabila tibanya syawal.. hohohoho~

bila ramadhan of course la pentingkan persediaan nak menghadapi puasa, yang suka ponteng puasa start la puasa dalam bulan syaaban nih, bpuasa d bulan syaaban ni byk pahala.. sekurang2nya melatih diri kita, xda la nnti bila ramadhan, lum tgahari dh buka periuk haishhh~ xmo tau..

ok la.. nak citer skit jer pasal Rasulullah s.a.w, ini ambik dari majalah Solusi, http://www.majalahsolusi.com/

Rasulullah s.a.w telah mempersiapkan dirinya sejak bulan syaaban lagi untuk menyambut Ramadhan. baginda membuat persiapan sama ada secara fizikal ataupun mental.


Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha:
"Rasullulah s.a.w berpuasa sehingga kami mengira baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengira beliau tidak berpuasa. tidaklah kami melihat Rasulullah menyempurnakan puasanya sebulan penuh melainkan bulan Ramadhan, dan tidaklah kami melihat beliau berpuasa lebih banyak selain bulan Syaaban, " ( Riwayat al - Bukhari ).

Antara hikmah puasa pada bulan Syaaban adalah sebagai persiapan dan kebiasaan untuk melaksanakan puasa wajib pada bulan Ramadhan nanti, kerana orang yang belum terbiasa berpuasa kadang-kadang lupabahawa mereka berada pada bulan Ramadhan.

Abdul Razzaq bin 'Amr bin Dinar meriwayatkan bahawa seseorang datang menemui Abu Hurairah r.a lalu mengadu:
" Aku berpuasa, tetapi aku makan dan minum kerana lupa." Abu Hurairah menjawab :
" tidak mengapa, Allah lah yang memberi makan dan minum kepadamu."

tidak lama kemudian, orang tersebut mengadu lagi kepada Abu Hurairah :
" selepas itu aku berkunjung ke rumah yang lain. aku terlupa ( untuk kali kedua) dan aku telah makan lagi." beliau berkata : " Engkau orang yang belum terbiasa melaksanakan puasa."

bagi orang yang soleh, mereka mempersiapkan diri mereka dengan rapi untuk menyambut kedatangan Ramadhan. muhasabah diri kita, apa yang telah kita lakukan sebagai persiapan menghadapi Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

p/s: Jadi apa kata start hari esok kita mula la berpuasa sikit demi sedikit.. bagi yang liat nak puasa nnti..kena ingat itu wajib pabila tiba bulan Ramadhan.. :)







No comments: