misz.dejavu

follow facebook - dealova_1987@yahoo.com ( cahaya mataku )

blog ini blog peribadi, apa saya suka saya tulis, apa saya pikir saya tulis, blog saya berdasarkan apa yang berlaku dsekeliling saya, di depan, di belakang mahupun d kejauhan saya. blog saya tidak mungkin s'skema saya. impian saya jadikan blog saya diari saya, anda suka anda baca, anda tak suka senyap saja. biarlah hati anda saja berkata2x..saya jugak akan copy paste jika merasakan ia sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, tp jangan risau kerana saya pastikan apa yang saya copy n paste itu saya link kan ke tuan punya blog, tanda saya hargai nukilan anda~ saya ikhlas mengatakan sesiapa msuk blog saya, terima kasih sy hargai.. >>> ok2x dah hbis skema.. apa2 tq. hik2x... wat muka comel skit ><.. korang mmg comey ><

Post Mortem

Powered By Blogger

Saturday, August 27, 2011

AKU TERPAKSA TINGGALKAN DUNIA BLOG

Assalamualaikum...




Kepada Semua Para Blogger, saya nak wish selamat hari raya semua, pas ni xbberblog untuk beberapa hari~ start Esok Sehinggalah raya keDUA..raya ketiga dh kmbali bkerja.. waa.....sadisnya bunyikkkk~~~~ apa boleh buat, esok adalah hari paling buzy untuk saya dan sekelian alam hehehehe~

appun saya mengucapkan selamat hari araya, andai ada kata tersilap kata harap dimaafkan~ andai saya ada tinggalkan komen yang berbaur tidak puas hati maafkan saya.. appun salam lebaran semua~

teruskan bblogging yer d hari raya~ update citer best2 k...~

p/s: untuk khalis jgn makan ketupat rendang banyak2 tau.. hehehehe ><... selamat hari raya~


ok2x...stop dah..~ sayang korang..syg blog nih..~ selamat berehat yer wahai blog ku syg ~

Tuesday, August 23, 2011

Bila Bergaduh.. Buanglah Ego Mu

Hari ni hari yang moody utk aku.. huarghhhhh, tak gaduh dengan si dia tapi terasa kecik hati sangat2x dengan si dia? perlu kew aku publish citer aku dengan dia, yup tak perlu pun tu cerita aku.. cuma aku nak bagitahu bila kita bergaduh especially perempuan, yang kecil pun menjadi besar kerana perempuan ni jiwanya sensitif pasti terhiris-hiris bila jadi sesuatu. tapi lelaki jangan la panjangkan pergaduhan tu, pujuk lah perempuan tu.. hehehehe, tadi blogwalking kejap, cari sesuatu yang boleh di buat nasihat... jumpa something yang buat aku mula hantar mesej kat si dia dan minta maaf, berbaik lah jangan lah terlalu ego kerana ia akan mengeruhkan saja hubungan tu. berbaik-baik di bulan puasa kan lagi baik hihihihihihihih...


opsss" si dia dah balas mesej..yea2x...happy balik nih hehehehehe  ...><


so saya nak share something.. yang ni untuk si para isteri hehehehe..tak ada kena mengena dgn tajuk saya kan??? sebab jiwa tengah kacau tadi hahahahaha~ baca lah untuk tatapan korang ehh~ ><




Hakikat perbezaan Antara Perempuan dan Isteri, Lelaki dan Suami.

Wahai perempuan, aku di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Wahai Isteri, aku di sini sebagai suami ingin bagi tahu. Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, suami sukakan perempuan yang menutup auratnya. Dan dia lebih menghargainya begitu?
Wahai perempuan, tahukah kalian yang lelaki sangat suka bila kalian manja-manja dengan dia? Tapi wahai isteri, tahukah kamu yang suami-suami kamu sangat manja sebenarnya. Dan mereka sebenarnya sangat suka dimanja-manjakan. Di tanyai oleh kamu “Hai abang... kenapa muyuk2 niey...?” “Hai abang...puyut abang cam niey pun nampak tomeyy laaa..” Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.
Wahai perempuan, mahu tak kalau aku bukakan satu rahsia mengenai lelaki? Lelaki ini sebenarnya sangat lemah dengan air mata kalian. Tetapi isteri-isteri semua, jangan takut untuk menangis kerana air mata kalian bagi suami-suamimu adalah kekuatan buat mereka. Kerana airmata kamulah suami bisa bangkit berjuang kembali disaat mereka rebah jatuh kecewa.
Wahai perempuan, tahukah kamu yang lelaki takut pada perempuan yang gemuk? Walaupun pada hakikatnya yang mereka juga bulat macam buah nangka masak? Dan wahai isteri, kalian sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk badan sangat kerana suami suka memeluk anda, kerana anda wangi dan mereka suka mencium kamu, kerana rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak kusut masai dan mengerbang-gerbang) Jadi jagalah kebersihan diri dan selalulah mandi. Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah wangi semanjang, kadang tur kitorang pun hapak juga. Hahahaha...
Tahu tak perempuan yang lelaki suka kalian pakai jarang-jarang, dan singkat-singkat. Mereka suka tengok, kalau dapat mereka gatal nak pegang. Tapi percayalah, yang mereka tidak akan sekali-kali menjadikan anda pilihan no satu untuk dijadikan isteri. Wahai isteri, tahu tak kamu semua aper kenyataan yang sebenarnya apabila suami anda memberi komenter pada pakaian anda..? Contoh: Hisk...!!! Pegi salin laa baju lain. (sebab seksi sangat).” Sebenarnya mereka suka sangat tur, tapi mereka nih spesis yang tak leh berkongsi apa pun dengan orang lain. Sebenarnya mereka tidak mahu orang lain lihat yang isterinya sangat menarik. Jadi pandai-pandailah kalian menyakinkan mereka yang permandangan yang sangat indah itu hanya untuk mereka sahaja, pasti suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai mamak.
Wahai perempuan, kamu nak tahu tak bila kalian berkata “ aku tak nak kacau dialah, aku nak bagi ruang pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu meletakkan hubungan kamu dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka perempaun yang merengek-rengek dengan dia. Berbeza pula dengan suami, jangan sekali-kali isteri merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami sedang melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan yang penting. Contoh sewaktu tayangan lansung liga juara-juara eropah...? Hahahahhaa.
Wahai perempuan. Tahu tidak sifat pak turut kalian hanya merendahkan nilai kalian disisi lelaki? Namun bagi seorang isteri pula sifat itu sangatlah penting. Itu melambangkan bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi bukan bermakna kamu akan membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi penilaian dalam membuat keputusan.
Satu lagi wahai perempuan dan isteri. Ini rasa dek aku sama jer, baik sebelum kamu menjadi isterinya atau sesudah menjadi isteri mereka. Janganlah kalian memakai mekap yang tebal-tebal, sampai nampak berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh meleleh-leleh macam air susu... Yarkkkk!!!! Tak sanggup laaa aku. Cukup la badan tak bau busuk, bibir tidak  nampak lebam dan pucat. Kalau tidak jangan salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan jangan mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang jalan tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak mahu ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang dah macam opera cina.
Wahai perempuan semua, andai kata adik korang datang menyibuk sewaktu teman lelaki korang datang bertandang kerumah dan minum petang disana. Jangan sekali-kali korang menengking adik korang depan dia. Sebab itu akan membuatkan mereka berhenti untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan kalian. Dan wahai isteri-isteri yang cantik akhlak semua. Jangan kamu memarahi anak-anak kamu dengan suara yang nyaring dan gertakan-gertakan yang menakutkan. Kerana suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini sebenarnya. Walaupun pada pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil pusing. Tapi sebenarnya mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah kalian itu bukan ibu-ibu kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan penampar dari pagi-pagi buta lagi dah.
Satu perkara yang selalu diabaikan oleh perempuan bila mereka bergelar isteri. Suami kamu sebenarnya suka kalau kamu nakal dengan mereka. (bagaimana? Laaa lua pikir la sendiri) Hahahaha.... Tau kenaper ? Sebab lelaki nih, sama ada dia lelaki, suami atau ayah. Mereka tetap nakal sampai bila-bila. Jadi imbangilah kenakalan mereka. Dan dalam hati mereka pula, mereka, lelaki ini sangat lambat tuanya. Forever young. Hehhehee.....
kredit daripada sumber wirajiwa.bumicyber.com

8 Pertanda Dia Jodoh Anda
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya.Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?


Petanda1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah lapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

sumber daripada wirajiwa.bumicyber


p/s: xkira tak kena mengena dengan tajuk pun kena baca..hehehehehehehehehehehe..jgn marah tau~

Monday, August 22, 2011

"Segmen Hira : aku reti memasak,kau reti ?"


Assalamualaikum...

pagi-pagi dah join segmen? apa kes? kerja dah siap lum? hahahahahaha.. yoo xper..bos xnmpak pun keh3x...
sebenarnya kerja dah siap da..sbb tu la layan blog jap..

pagi ni join segmen hira nih 


ok2x..kembali kepada entry.. saya suka memasak tapi bukan tukang masak profesional macam khalis ... 
start memasak dari darjah 5..woo..time tu dah jadik bibik sepenuh masa kat rumah hahahaha~ kalau tgk kat dapur hahahaha.. btul2 wo macam bibik~

aku bukan pakar masak, dan aku hanya pandai masak utk family aku makan sahaja dan si dia tersayang~

tapi alhamdulilah wat masa ni sapa yang makan makanan aku masak tak pernah lagik ar kena cirit birit sepanjang hayat hahahaha..paling penting ia 100 % di jamin halal dari segala segi ~

aku paling suka masak sambal tumis, so kalau dulu dekat rumah.. aku kira hari-hari aku bagi keluarga aku makan sambal tumis.. apa boleh buat tu favourite masakan aku.. tapi dekat rumah bujang ni gila apa aku nak bagi dia org makan yang tu jer..nnti semua pitam~ kawan-kawan aku tersayang ni mana makan pedas sgt~

aku memang reti masak tapi masih lagik kena tgk buku resepi, n banyak lagi masakan yang aku tak reti..

dulu sebelum masuk u memang kat rumah dapur tu di bawah seliaan aku..cewah..mak pun tak masuk dapur wooooo~ mak tunggu time makan jer hahahaha, tapi sekarang skill memasak aku makin kureng sebab kureng mempraktikkan seni memasak..tambah lagi sekarang dah kerja.. so dapat masak time free jer la~pas ni kena belajar memasak  sbb kalau kawin nanti xley ar malas2x, kena rajin memasak dan belajar memasak. rahsia tambat hati suami hahaha...

ok2x..saya dah habis membebel... sapa nak join klik tajuk tu k... tak salah kalau tak reti masak asalkan ada usaha untuk belajar memasak.. tak sedap tak per..pelan-pelan belajar insyaalah akan jadi sedap bila selalu memasak...kan3x khalis..hihihihihihi~


appun salam ramadhan~

Sunday, August 21, 2011

Bosan Ucapan Raya SMS

Assalamualaikum...

Bosan tak kalau asyik dapat ucapan raya sms???? waaa....sangat2 membosankan wooo.. ~

sebenarnya bukan macam tu maksud sy..tu trick mukadimah jer..hehehe, sebenarnya saya lagik suka kalau dapat kad raya..bukan apa kalau dapat sms raya pun bukan boleh simpan banyak2x dalam hp, nak simpan dalam save massage? akak saya rajin lah buat macam tu sampai sayang nak buang mesej raya, sampai full la memori mesej tu. memang la sayang nak buang, tapi still kena clearkan jugak... rugi2x... tapi lagik afdal kalau dapat kad raya.. pehh...hati memang teruja la kalau dapat kad raya jika nak dibandingkan dengan sms raya.

kad raya adalah sesuatu yang sangat-sangat bernilai, ia akan menjadi sentimental memory pada sesiapa yang menerima kad raya, walaupun hanyalah sebaris ucapan " Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin " tapi pada yang menerima kad raya pasti tersentuh hatinya, tambah lagik kalau hati senipis kulit bawang hehehehe~ ><

kad raya ni paling best, sebabnya boleh dijadikan koleksi kad raya, setiap kali raya boleh publish kat rumah, tempek kat meja makan, gantung kad pokok raya, jangan kan kata publish kat rumah,. kat blog pun boleh woo..sempoi~ ><

sebenarnya ucapan dalam kad raya tu memang bernilai, ada yang mengambil masa yang lama untuk berfikir untuk tulis apa? kadang-kadang lost memori kejap hahahaha, terlalu banyak yang nak di isi sampai tlupa nak tulis apa yang ptut? pas tu boleh tulis kenangan masa sambut ramadhan atau syawal.. mengigatkan kembali memori pada penerima sangat-sangatlah bermakna. ~ ><

dulu rajin jugak terima kad raya dari kengkawan, serius teruja woo.. siap jeles lagik kalau akak dapat kad raya.. hahahahaha, siap bersaing lagik tu siapa dapat kad raya paling banyak, dan paling penting kadang-kadang kad raya tu kita tak akan jangka dihantar oleh kawan-kawan yang dah lama terputus hubungan tiba-tiba terjalin kembali ukhwah , part paling best dok tertunggu posmen kalau-kalau da terlajak kad raya ke rumah, dapat kad raya..pehhh, satu rumah kecoh ~ ><

sentimental sekali kalau dapat kad raya dari adik beradik yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati, dan paling happy kalau dapat kad raya dari yang tersayang ..hehehehe ~ ><

dan kalau nak di bandingkan dengan sms raya, yang hanya bila raya saja kita dapat, setiap sms tu sekali send serentak dengan mesej yang sama saja, tak larat kot nak taip ayat lain2.. hahahaha..kan3x????? tak ada sentimental value kan???? sekurang-kurangnya mesej raya ni mengeratkan kembali kita dengan kawan-kawan yang dah lama tak mesej..tu yang penting, masih ada kebaikan di sebalik kekurangan hihihihihihihi~

sempena entry ni, saya selitkan jugak lah kawan kita sorang ni yang rajin betul hantar kad raya,... kat kita pun dia hantar jugak.. bagus2x..depan mata pun hantar kat raya tp kat alamat kampung lah..

dia minta kad raya...hahahahaha, last-last aku just cakap bagi by hand tak da hantar-hantar ( hampeh kan aku ni, at least still bagi kad raya.kan3x.., kalau nak kita pos kad raya after raya baru smpai hahahahahaha )

semangat berhari raya ni..tabik-tabik

kawan yang paling rajin wooo....tulis kad raya pehh...dalam tu memang panjang berjela.. hehehehe~

apa ada pada kad raya????? nilai kad raya itu ada pada si penghantar dan penerima~ teruja~

satu kad raya paling best aku tgk~



hahahaha..kalau kreatif..jangan kan kata sekadar ucapan..sekali dengan diri pun ley hantar~ cam nih~



masing-masing ada cara sendiri untuk menyampaikan ucapan hari raya, yang penting keikhlasan ucapan itu kan3x????? tak gitu....

apapun selamat hari raya yang bakal tiba~ salam ramadhan~


Kembar Siam Ahmad dan Muhamad Balas jasa ibu


Andai kita rasa diri kita kekurangan, masih ada lagi INSAN yang kekurangan, andai kita rasa kita tiada masa untuk bersama ibu bapa, fikirkan lah sewaktu ibu bapa kita menjaga kita sehingga kita punya hidup sendiri

KUALA LUMPUR: “Jika dulu ibu dan ayah berjaga siang malam kerana bimbangkan kesihatan kami, sekarang giliran kami pula menggalas tanggungjawab menjaga ibu yang menderita penyakit barah payudara,” kata pasangan kembar siam popular negara, Ahmad dan Muhammad Rosli, 13.
Kedua-duanya yang ditemui di kediaman mereka di Puchong, dekat sini, Khamis lalu, melayan ibu mereka yang terbaring di atas katil di ruang tamu rumah.

Pasangan kembar itu yang juga anak sulung pasangan Rosli Abdul Rahim, 40, dan Aisah Kanda, 35, mengakui sedih melihat keadaan ibu, yang dulu aktif bergerak, kini tidak mampu melakukan kerja rumah.
Menurut Ahmad, bagi meringankan penderitaan ditanggung ibunya, dia sebagai abang paling tua sentiasa memantau aktiviti empat lagi adiknya berusia tiga hingga sembilan tahun.

Memiliki adik perempuan bongsu yang sangat rapat dengan ibunya, Ahmad yang mesra dengan panggilan Along terpaksa menjaga Nur Batrisia, 3, dan memantau pergerakan aktifnya bagi menghalang mendekati ibu yang sakit.

“Kami kasihankan emak kerana dia hanya mampu duduk di tilam. Ayah pula sibuk menyiapkan kerja di bengkel serta menumpukan perhatian dengan kerja rumah, termasuk memasak dan mengemas, di samping memastikan persekolahan saya dan adik berjalan lancar.
“Saya tidak tahu apa hendak dilakukan untuk mengurangkan penderitaan emak. “Selepas balik dari sekolah dan berbuka, saya memicit badan emak bila dia mengadu lenguh atau sakit,” katanya yang bercita-cita menjadi pelukis.

Sementara itu, Muhammad atau lebih mesra disapa Angah turut mengakui sedih melihat penderitaan ditanggung ibunya.
Mengerti kesukaran dialami ibu bapanya dan menggalas tanggungjawab terhadap adiknya, Ahmad dan Muhammad turut ringan tulang membantu menyediakan sajian berbuka puasa, termasuk pinggan mangkuk serta gelas minuman untuk kegunaan bersama.

Mengimbau kenangan ketika menjalani rawatan pemisahan kembar siam di Hospital King Fahd National Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyadh, Arab Saudi pada September 2002, Muhammad berkata, walaupun masih kecil, dia mampu mengingati peristiwa bersejarah itu.

“Kalau dulu, ibu dan ayah sentiasa di sisi dan memberi harapan kepada kami berdua yang dirawat selama 23 jam, kini sampai masa kami pula menjaga emak pada saat dia sakit,” katanya.

Muhammad yang petah bersama kembarnya belajar di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ23, Puchong, Selangor selepas menerima keputusan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu, mengakui kesihatan mereka kini beransur pulih.

Bercita-cita bergelar arkitek, dia mengakui terpaksa ponteng sekolah apabila ke hospital bagi merawati masalah ususnya, terutama lubang najis yang ditebuk di bahagian perut memerlukan penjagaan rapi.

Menurut Muhammad, selain ayahnya yang bertanggungjawab menukarkan beg najis, kembarnya turut membantu.

Ditanya mengenai kaki palsu yang sering dipakai sebelum ini, dia berkata, kurang selesa memakainya kerana pernah terjatuh hingga mendatangkan kesakitan fizikal, manakala Ahmad pula pernah tersadung hingga menyebabkan giginya patah akibat terlalu pantas berjalan.

“Namun itu tidak mematahkan semangat kami berdua untuk ke sekolah biarpun terpaksa menanggung kesakitan,” katanya.

kredit daripada hmetro online



p/s: Teringat kat mak dan sangat-sangat rindukan mak.. di bulan ramadhan ni walaupun sibuk macam mana pun, alhamdulilah masih lagi bkesempatan pulang ke kampung utk bersahur dgn mak walaupun tak dapat berbuka sekali,walaupun terpaksa balik kampung di malam hari pas kerja dan terpaksa drive sorang2x.. bagi yang masih ada masa tak salah andai masa tu dicuri utk family, ibu dan bapa tersayang~ salam ramadhan


Saturday, August 20, 2011

BLOG PILIHAN SAYA IALAH



hihihihihihi... TQ kANcIL8349... sebenarnya ni yang edit balik..sebab sebenrnya td dah taip tp xjadik publish sebab xcukup 10..huhuhuhuhuhu~ n sy dah siap wat senarai tp lima jer yang ada huhuhuhuhuhu ~ pas tu tiba2 baca komen kancil lak masukkan dalam senarai..kebetulan dalam list mmg ada kancil.. so sy wat semula hik3x.... rugi plak kalau tak senarai kan ~





 Suka tgk kancil yang sentiasa gigih untuk mencapai tahap follower yang di inginkan~ dan kancil ni boleh dikira blogger yang rajin~ chayok2x kancil~

sebabkan dia ni masih baru kita kena la sentiasa support blogger baru.. truskan bbloging tau~

 dia ni aku suka sebab rajin btul dan sudi view blog kita yang tak seberapa nih.. sgt2 la hargai solicious ni.. tq tau~

maaf la sy masuk dalam senarai hahahahahaha..sj nak expose diri keh3x..tak salahkan??????

 wawawwawawa..sy nak jugak bagitahu... kita kena support blog-blog baru..kasi dia orang semangat utk bbloging...

Maaf ..hanya 5 sahaja dalam list saya..kata kena ikhlas kan????? double kan jer la 5 tu..kompom jadik 10..hehehehe, xcukup syarat kan??? saya xnak ikut syarat tu..sy nak jadi degil..kata kena ikhlas.. ikhlas la nih.. yang perlu sj saya senaraikan.. lagi pun top favourite saya xjoinnnn...so sy xley nak taruk dah~ huhuhuhuhuhu~


appun..selamat bbloging semua~

SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?


Assalamualaikum....

tak pernah lagi join segmen Tia ni..so...jom klik kalau nak join..boleh tambah kenalan..kan3x...

Blog Gua Berat Tak???

Ku rasa2x lah kan.. hehehehehe..xberat kot... berat lagi aku kah3x....

wokeh la... chao chin cao.....~~~~~

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA


ASSALAMUALAIKUM...

WOwowowowow..aku lambat hahahahaha..dah ramai giler rupanya yang join..cisssssss3x...... x aci hahahahaha ><

selamat berblog semua.. dan salam ramadhan~

Thursday, August 18, 2011

WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 2



Assalamualaikum.... hehehehehe, join segmen lagik..yea3x... time bosan2 ni best la plak nak melayan segmen-segmen blogger.. rajin betul dia orang ni wat segmen.. jadi aku kenalah rajin suport segmen dia orang.. baru la berbaloi2x.. tapi layan-layan jugak.. jangan lupa perkara wajib tau.. ok la, itu saja yang nak dikatakan, selamat bblog utk para blogger.. salam ramadhan untuk semua.. ><

apa lagi.. jom join segmen cik khumaera ni  just tekan jer kat tajuk di atas.... kalau rajin jom la usha-usha blog blogger ni jugak http://mid-sayang.blogspot.com/~  

JOM JOIN BLOGLIST CIK IDA

Assalamualaikum...


hehehehehe..Baru jer kata malas nak update entry.. jenjalan sat, jumpa plak entry Cik Ida ni, dia ajak join segmen.. hehehehe...

jom2x... join segmen cik ida ni.. dia kata nak celoteh apa saja pun tak apa.. n aku rasa aku tak ley ikut kata-kata tu hahahaha..sebab nanti aku merapu meraban..so jom support Cik Ida kita ni dgn join segmen dia..

orang kata.. mengeratkan silaturahim sesama blogger di bulan yang mulia ni ~

><



Gagal Menjadi BLOGGER??? Akukah???

Assalamualaikum,...

Ya Allah, Mengantuknya hari ini, tapi tahan-tahankan jugak lah mata ni. hari ni jaga kedai sorang, Cik Julie bercuti.. hari ni tak ada mood untuk menulis apa-apa entry just blogwalking saja lah kerja aku hari ini, masuk entry ni..baca entry tu.. tengok apa yang best dekat blog orang lain, last-last terpanggil hati aku kejap nak view satu blog ni, baca entry kat tempat dia yup, best-best belaka. sesiapa yang rasa nak usha-usha kejap dekat blog dia..just follow sini . dan sesuatu yang sy baca menarik perhatian saya tentang komen-komen yang diberikan para blogger hanya kerana entry dia ' aku blogger yang gagal ', sila baca entry nya dan komen-komen dalam tu, pasti ada yang terkesima sebentar dan akan mula menghitung apa yang dicari dan dibawa dalam setiap blog sendiri. apa pendekatan dan tujuan kita berblog? adakah hanya untuk populariti atau ingin bersuka-suka, masing-masing ada tujuannya, saya berblog hehehehe... untuk mengenali dunia blog yang sebenar.

tapi bukan itu yang saja yang menarik, hati saya terpanggil bila dia ingin buat blog yang kearah keagamaan tapi majoritinya hanya sdikit sahaja yang memberi perhatian, walaupun mempunyai follower yang beribu tapi teramat sedikit yang membaca, mungkin kebanyakkan hanya menjadi silent reader, dan pastinya dalam 1000 atau lebih seribu dari follower yang kita ada, bukan semua mampu kita masuk, seperti saya juga, saya masuk blogwalking, tapi blog yang saya kerap masuk pun bukan semua, saya akan melihat blog-blog yang sentiasa ada something yang menarik minat saya, ada juga blog yang saya masuk hanya utk membaca perkara tertentu dan ada saya masuk dan memberi komen, dan ada setengah blog saya akan ikut dari kejauhan.

bila baca entry dia, alhamdulilah buat masa ini saya tidak mempunyai rasa kecewa hanya kerana tidak mengupdate blog, kerana ada lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan . saya hanya akan update blog ini bila rasa saya ada masa lapang yg terlalu banyak n bila kerja dah siap semua. kalau tak update entry pun saya masih ada masa utk bblogwalking.. setiap para blogger masing-masing ada life yang ada macam-macam perkara yang ingin dibuat, kan3x??? jadi... jangan lah kita merasa gagal untuk menjadi seorang blogger, piece untuk para blogger~~~~~

pehh..hehehehe..skema pulak aku hari ni.. ok la..kalau rajin jom jenjalan kat blog blogger ni..soutulmujahid , jenjalan jer la dulu, mana tau ada ilmu yang dapat kita manfaatkan..~

ok la..

Wednesday, August 17, 2011

999 - Ambulans Terbalik di Melaka


TERBALIK...ambulans terbalik selepas dilanggar teksi.


BAWA KELUAR...pesakit warga emas kritikal dibawa keluar dari ambulans.


MELAKA: “Sebaik menghampiri ambulans, jururawat wanita itu mengerang kesakitan dan meminta tolong lalu saya mengangkatnya dengan berhati-hati ke tepi jalan,” kata anggota penyelamat pantai sambilan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Tan Bun Han, 40, saksi kejadian kemalangan membabitkan ambulans dan teksi, di Jalan Tun Abdul Razak menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, ambulans yang dinaiki lima orang termasuk pesakit wanita warga emas yang kritikal akibat pendarahan kepala, terbalik di tengah jalan sejurus dirempuh teksi dari arah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).


Kejadian di persimpangan Seri Negeri-MITC, itu menyebabkan pesakit, Mariam Baba, 73, yang disamun di rumahnya di Bukit Rambai, kira-kira sembilan jam sebelum itu dan dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) cedera parah dan kini menerima rawatan intensif di Hospital Melaka (HM).

Sementara itu, jururawat, Yuhanis Yasin, 30, juga dirawat di HM, manakala doktor lelaki berusia 25 tahun terpaksa dirujuk ke HKL akibat kecederaan parah dialami.


Dua lagi mangsa, pembantu perawatan dan pemandu ambulans, Mambang Rudy Hartono, masing-masing berusia 56 dan 41 tahun, hanya cedera ringan, manakala pemandu teksi dikenali, Ali Muhammad Don tidak cedera.



Menurut Tan, dia berada di belakang ambulans dan mendakwa melihat kenderaan itu dilanggar teksi berkenaan di bahagian belakang menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik.

“Saya berhenti di persimpangan apabila lampu isyarat bertukar merah dan memberi laluan kepada ambulans meneruskan perjalanan.


“Tiba-tiba muncul teksi dari arah MITC melanggar sebelah kiri di bahagian belakang ambulans menyebabkan ia terhuyung-hayang sebelum terbalik ke sebelah kanan.

“Saya terus memandu ke arah ambulans untuk memberi bantuan,” katanya.


Tan berkata, dia kemudian didatangi seorang lelaki mengatakan ibunya yang sakit berada di dalam ambulans dan menolongnya dengan dibantu pemandu dan atendan ambulans.



“Kami membuka pintu belakang ambulans dan ternampak pesakit sedang tertiarap, manakala doktor lelaki yang cedera di kepala berusaha keluar sendiri melalui cermin hadapan yang pecah sebelum baring di bahu jalan.



“Saya kemudian membantu atendan dan pemandu ambulans mengeluarkan pesakit sebelum orang ramai datang membantu lalu saya menelefon talian kecemasan,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian membabitkan kakitangan HM dan pesakit terbabit.



“Saya difahamkan keadaan pesakit wanita dan jururawat adalah tenat dan masih dirawat ketika ini, manakala doktor sudah dirujuk ke HKL. Pemandu ambulans dan pembantu perawatan pula cedera ringan,” katanya.



Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah, Asisten Superintendan V Gunasegaran berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ambulans dari HM sedang membawa pesakit menuju ke HKL memberi siren dan terus bergerak ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC.



“Apabila tiba di pertengahan simpang, tiba-tiba sebuah teksi keluar dari simpang MITC ke Seri Negeri menyebabkan ambulans berlanggar dengannya dan terbalik.Menurutnya siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi cawangan Trafik IPD Melaka Tengah di talian 06-283 4139.


:dipetik dari harian metro online


after baca berita ni baru teringat dengan entry yang aku publish tadi tentang no kecemasan ni






p/s:  hati tengah bengang ni sebab kena kacau dengan seseorang yang tak paham bahasa.. di bulan ramadhan ni baiklah budak tu g wat amal ibadah dari dok kacau aku then cari awek dia melalui aku..pehhhh..bikin hati ni panas jer~ 

p/s: kalau korang ada masalah cinta jangan melibatkan orang lain.plz handle sendiri~
aini..sabar2x...nasib baik la ttiba si dia datang kat sini.... wa suka3x....~

Yeah3x...Nombor Bertuah......


Assalamualaikum.....

huhuhuhuhu,tengah sedih ni sebab gaji tak masuk lagi, nak mengubati kekecewaan disebabkan tak dapat gaji, dan sepatut 15 dah dapat, aku pun on9 la.. then tengok plak kat tempat view tu..huhuhuhuhu..nasib baik no nya 999 yang aku ambik td.. no kecemasan.. menambahkan hati aku yang lara ni sebab nampak sangat dia tau aku tgh dalam duka. 

ok2x..disebabkan nombor tu cantik sangat, aku pun happy kan lah diri.. dan bersangka baik lah mungkin HQ tengah buzy~

grrrrrrrrrrrrrrrrammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~

p/s: hehehehe..sikit la plak aku membebel hari ni.. bgus2x...~

Monday, August 15, 2011

Gambar Sebelum dan Selepas..



Assalamualaikum...

hahahaha..aku bawa rupanya usb..cis betullah.. sekarang time utk bhenti mengarut dan mgomel.. bagi gambar jer..hehehehe...

Semangat Raya + Semangat Merdeka.. after En.Hamzah dok bising2x suh kami hias Kedai~~~ 

ini Tesco nya kedai.. dia orang buat kat bawah ni utk jualan penghabisan stok..kedai ni la kami dok kutuk kat en.hamzah tak lawa langsung hahahaha~

ini sebelum... en.Hamzah tu mulut dia iksh3x..mengalahkan mak nenek woo..opss..puasa~ tapi da ka patut dia kata  kami tak da perasaan nak raya..xbaik woooo~

ini kedai kita orang...utk versi raya..xley letak macam2..nnti nmpak semak..

ini utk versi raya + merdeka.. yeah2x..merdeka raya~

hehehehehehe~ yea3x... persiapan untuk raya dan merdeka dah ready...~


p/s: en.Hamzah nmpaknya kelihatan bengang sebab kita orang tanya bila pulak tesco nak sambut merdeka hahahaha.. wooo..dia kata otw nak letak bendera yang besar..hahahahaha..bendera tu pun kami beli kat tesco..xkan g tempah lak.. en.hamzah2x... banyak main2x nih~ tgk kami yang suka main2 pun dah siap semua~



2 in 1... Dah Nak Raya Lupa Sambut Merdeka

Assalamualaikum...

hahahaha.. terasa free la sangat2x hari ni, kalau tak susahnya nak update walaupun satu entry..ikshh3x...



RaYa Bulan ini 2 in 1.. sambut raya sekali dengan sambut merdeka.. waaa....meriah giler la tahun ni sambut raya, 

so, just nak tanya apa persiapan korang sambut raya dan hari merdeka?? 

raya-raya juga, tapi semangat patriotik jangan di lupa tau...

sebabnya tengok shopping mall lebih kepada hari raya sahaja, sampai lupa nak sambut merdeka. sekurang-kurangnya sangkut lah  bendera malaysia tu tanda semangat nak merdeka~



kedai kita orang dah taruk bendera Malaysia, hari ni tak dapat nak upload gambar sebab tertinggal usb, hehehehehe > <

appun selamat berpuasa, nnti berbuka jangan makan ikut nafsu tau.. ~ ><

mak aihhh...hutang kawan2 aku?????

Assalamualaikum...

hooo...semua dah ngulat rehat ni.. nama pun time break kan2x.. msti ada yang gi surau layan tido jap..tak kurang gak yang layan game time2 cam ni..game kat komputer da.. da gak yang sempat layan gosip.. gosip baju n kuih rayala tu kan2x.. wohhhooooo.. raya dah nak dekat... Seram woo.. tengah dok serabut pikir bajet raya..  selama ni tak pernah pun aku pikir bajet raya... cukup time minta dengan mak jer, ini dah kerja kena la ada bajet.. sadis lak rasa.. >>> opss...tak baik woo..hati kena ikhlas, baru berkat kan3x..

tadi dok kira-kira segala belanja+keperluan+duit raya++++++ wohooooo..... sudah melebihi RM700... Woooo ni biar betul huhuhuhuhu~ sedih nya rasa dalam hati.. Seronokkan kalau dapat jadi kaya.. kuar duit jew, raya orang dah readykan untuk kita. hahahahaha..berangan lebih pulak...

ok2x..aku ni memang agak melampaukan? Suka citer cerita lain dulu~ selalu terkeluar topik.. hahahaha.. sebab tu la aku ni balok nak update entry~ 

Aku baru jer gatai tangan mengira hutang-hutang kawan2 aku yang berhutang. haishhhh~ ini bukan sekadar pdedahan tapi sekadar renungan, bayangankan saat-saat ini.......................................................................

korang perlukan duit untuk bajet raya.. ada tak korang roger balik kawan-kawan korang yang masih berhutang duit? kompom adakan kalau tengah dok terdesak duit.. yang sekecil2x duit RM0.05 sen pun berkira wooo... dan aku????? yup, aku masuk dalam senarai yang mula mencari sapa yang berhutang~


sekarang kita wat perhitungan hutang ok... dan kalaulah semua orang bayar hutang balik.. murah rezeki kita dan murah rezeki dia orang hehehehe...

Contoh:

Abu - Hutang duit beli topup rm30.00. ( setahun lepas )
Arja - Hutang duit sebab tak makan seminggu rm50.00 ( 9 bulan lepas )
Alin - Hutang duit beli Make up RM 45.00 ( 7 bulan lepas )
Ajak - Hutang Duit beli cd games RM5.00 ( 5 bulan lepas )
Adik - Hutang repair motor RM150.00 ( 3 bulan lepas )
Ayob - Hutang duit nak bayar saman rm 300.00 ( sebulan lepas )

TOTAL HUTANG : RM580.00... 

kalau lah semua hutang ni dapat di jelaskan sebelum raya.. seronok hati tak terkira...

tu contoh jer sebenarnya....

realiti nya....

Hutang A - RM50.00
Hutang B - RM50.00
Hutang C - RM 165.00
Hutang D - RM 100.00
Hutang E - RM 150.00

TOTAL : RM515.00..... bila lah aku akan dapat balik huhuhuhuhuhu~ kalau dapat balik.. Ya Allah rasa macam dapat durian runtuh woooooo..................... 

Moral kat sini, sempena raya ini berjimat cermatlah selalu, kalau rasa hati tu nak berhutang abaikan saja niat tu, biarlah kita kekurangan hari ini asalkan masih boleh beraya dengan hati yang lapang tanpa di bebani hutang. Aku kadang-kadang sedih dengan apa yang berlaku hari ini, ada yang sanggup berhutang untuk hari raya kerana nak sesuatu yang nampak grand sedangkan biarlah kita bersederhana dalam apa jua perkara. 
berbalik kepada hutang, jangan lah berhutang. kalau kita berhutangdan bayar semula tak apa, kita dah saling menghalalkan apa yang terkurang atau yang terlebih. bagaimana pula kalau kita berhutang ribu raban, bengkak hati woo nak membayar.. sedangkan berpuluh ringgit pun dikira-kira nak bayar sampai bertahun2x. 

jadi, jangan lah berhutang andai tak mampu membayar.. dan jangan lah berhutang selagi kita mampu memerah kudrat dan keringat uintuk mencari duit. tapi kita perlu menolong orang tu andai kawan kita sangat-sangat terdesak memerlukan duit di saat susah, tolong lah semampu yang dapat kita tolong utk mengurangkan kesusahan kawan-kawan.

p/s: tolong dah tolong..hehehehehe, jangan lupa bayor na~

Renung-renungkan~





Aku Nak Tanya Ni Kenapa Manusia Merokok????

Assalamualaikum..

selamat pagi semua. harap hari isnin ni jangan malas-malas tau, hari isnin ni kena lah semangat sikit. semalam kan dah bercuti. hari ini buka kedai awal giler-giler, sempat pulak En.Hamzah ni datang menyibuk kat tempat aku kejap. sempat pulak pagi-pagi ni dia kata kedai aku tak lawa. hahahahaha..aku gelak dalam hati la..tapi sempat aku bagitahu tak lawa pun janji kami ikhlas decorate kedai kami sempena raya. Mesti nak tahu kan kenapa dia kata kedai aku tak lawa????? sebenarnya lawa..hahahahaha>>> puji dalam hati. En.Hamzah tu jeles dengan kedai kita orang. sebelum ni bising nya Mulut En.hamzah tu sebab kita orang dok janji nak decorate kedai untuk raya tapi tak buat2 juga. semalam lepas 13/8 baru wat dan siapkan semua. bila dia tengok dia tak terkata. dan sempat kita orang kutuk decorate yang tesco buat pulak depan kedai kami ni kita orang cakap langsung tak lawa...n dia sempat pulak bagitahu, dia tak ada kena mengena..hahahaha..nak ngelat la tu..~ 

Ok2x.. Aku ni memang suka beralih tajuk .. tadi En.Hamzah tetiba ramah mulut dengan aku pagi-pagi ni, mungkin sebab tak ramai yang buka kedai lagi. dan aku orang yang terawal buka, dia sempat tanya pasal produk ni dan sempat pula dia tanya satu soalan:

1. kenapa orang merokok??? punca yang menyebabkan mereka merokok???

muka En.Hamzah serius gila nak tahu. aku tanya la. En.Hamzah merokok tak? tengok macam tak merokok..
tekaan aku betul, dia tak merokok dan dia dah lama buang tabiat merokok tu.

then dia tanya lagi soalan tu sebab nak tahu..

Aku pun bagitahu la, setiap kali Customer datang sini, yang memang nak tahu pasal rokok elektronik la, aku akan tanya, dah berapa lama merokok? satu hari berapa batang  atau kotak rokok yang mereka hisap? kebanyakkan customer mesti akan bagitahu yang mereka merokok dari kecil, ada yang selepas universiti merokok, tapi mereka merokok ni pun ramai dari pengaruh kawan. bila dah start merokok ni, mula la ketagih.

Kandungan Nikotin sebenarnya yang buat semua orang ketagih merokok dan susah nak berhenti merokok. jadi nikotin memang berbahaya, >>>>> ok.. En.Hamzah dah buka mulut, yang tu yang dia nak tahu.... penat aku citer panjang lebar..hahahahahaha, 

tapi memang betul pun. kandungan nikotin dalam rokok selain tar, tobaco dan 4000 bahan kimia yang ada dalam rokok sebenar memang buat sesiapa yang mula hisap rokok akan susah nak berhenti merokok.

aku merokok tak???? saya bukan perokok dan bukan orang yang menghisap shisha. tapi disebabkan saya kerja dekat sini memang secara automatik akan try juga, tapi tak pernah la rasa ketagih merokok, n kita orang memang jauh dari budaya merokok ni. tujuan kerja kita orang pun bagi nasihat cara untuk berhenti merokok, bukan semata-mata jual produk ini. tapi serius, pertama kali merasa rokok..                                hak tuihhhhh...eyerrrrr~~~~ sakit tekak kot, pening kepala.. serius tak sedap. adoyai... Apa lah yang nikmatnya rokok ni? macam mana dia orang boleh hisap rokok???

semua flavour saya dah rasa.. ok2x..jangan anti saya, dan jangan kata tak suka saya selepas ni, kenapa saya rasa? sebab kadang2x kalau ada something yang problem nak tak nak kena test juga. kita orang kena tahu apa yang rosak. so memang kena try...tp kami sentiasa mengigatkan diri kami jangan cuba2 nak merokok. alhamdulilah, tak pernah terlintas lagi utk jadi perokok lagi pun tak elok perempuan merokok, bukan takat tak elok, tapi tak sedap mata memandang. kami yang kerja macam ni pun, kalau tengok orang perempuan merokok, memang geleng kepala habis.

bagitahu je flavour apa. semua dalam otak. cuma masih tak adalah rokok yang permintaannya di luar yang kami hasilkan, contoh mildseven, camel , suria ... flavour yang ada macam tobacco, menthol, strawberry, orange, marlboro, dunhill , gudang garam , flavour yang rasa ada sikit macam mildseven, cofee, coklat. bunyi macam sedap kan?????? dbulan ramadhan ni jangan pula ada keinginan nak merokok... tak baik tau. di bulan ramadhan ni pun Customer melayu memang menghormati bulan ramadhan, semua datang selepas berbuka.. hehehehehehe.. bagus2x...

ok la, nak kena buat kerja dulu, n saya tinggalkan persoalan ini, Kenapa Manusia merokok??? kalau rokok tu tak ada tembakau. tak ada tar, tak ada nikotin, tak ada bahan kimia,,nak ke manusia merokok???? hanya gulung kertas kosong dan bakar. hisap dan hisap..apa yang dapat hanya asap.. bila ada semua ramuan yang ada dalam rokok, tak sedap pun jadi sedap pada perokok.. fikirlah, nanti saya nak buat entry pasal tabiat merokok dari kaca mata saya sebagai customer services....`~