Assalamualaikum..
Cinta
Something yang wat kita kadang2 terlupa nak makan, lupa nak tido, lupa nak wat kerja, lupa diri kah3x...
betul kan?
siapa kata cinta itu indah?
yup cinta itu jadi indah bila ia lahir dari hati yang ikhlas dan suci menyayangi seseorang itu.
cinta itu sebenarnya menjadi neraka andai cinta itu menarik diri kita ke dalam bisikan syaitan sekali gus buat kita menyesal untuk mengenali cinta.
remaja sekarang ini terlupa dan leka dalam menyulam cinta..
kalau tak, tidak terjadi lah remaja lari dari rumah, remaja bunuh diri, remaja kecewa sampai hilang jati diri.
cinta juga buat remaja sanggup buang keluarga, buang harga diri hanya kerana terlalu taksub mengapai cinta yang tak akan berpanjangan.
cinta juga mampu membuat kita terleka dan terlupa maha pencipta yang menjadikan rasa cinta itu wujud dalam diri.
cinta sekarang ini menjadi taruhan dalam diri.
tapi mampukah kita membawa cinta itu ke jalan yang benar????
tanya pada diri, adakah kita telah temui cinta sejati?
cinta pada tuhan???
adakah zahir dan batin kita ini terlalu mencintai nya tapi kita terlupa untuk mengungkapkan rasa syukur, kadangkala kita leka untuk sujud padanya.
saya masih lagi mencari cinta yang hakiki, saya masih lagi mencari kedamaian di samping yang maha Kuasa. saya masih lagi lemah untuk merasakan rasa syukur yang teramat bersyukur, saya masih lagi mencari arah hidup yang sempurna dan saya masih lagi mencari cinta di dunia dan akhirat.
perjalanan hidup kita tidak sesingkat, dan tidak sejauh yang dsangka, apabila ajal menjemput, mampukah orang yang mencintai kita membacakan doa untuk kita setiap kali sesudah solat. insyaalah semoga ada yang mencintai kita walaupun kita sudah tiada di dunia.
cintailah diri sendiri supaya kita belajar mencari kesempurnaan hidup, belajarlah mencintai diri kita untuk membawa bekal ke alam akhirat~
aku masih lagi tidak sempurna, aku mohon supaya aku terus kuat untuk mencintai mu Ya Allah. Amin.
2 comments:
stuju2..kalau diri kitapun kita tak sayang.. orang lain apatah lagi
btul..blajar mencintai diri sendiri, insyaalah..kita juga akan kuat mencintai org lain & paling penting yang menjadikan kita~
Post a Comment