misz.dejavu

follow facebook - dealova_1987@yahoo.com ( cahaya mataku )

blog ini blog peribadi, apa saya suka saya tulis, apa saya pikir saya tulis, blog saya berdasarkan apa yang berlaku dsekeliling saya, di depan, di belakang mahupun d kejauhan saya. blog saya tidak mungkin s'skema saya. impian saya jadikan blog saya diari saya, anda suka anda baca, anda tak suka senyap saja. biarlah hati anda saja berkata2x..saya jugak akan copy paste jika merasakan ia sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, tp jangan risau kerana saya pastikan apa yang saya copy n paste itu saya link kan ke tuan punya blog, tanda saya hargai nukilan anda~ saya ikhlas mengatakan sesiapa msuk blog saya, terima kasih sy hargai.. >>> ok2x dah hbis skema.. apa2 tq. hik2x... wat muka comel skit ><.. korang mmg comey ><

Post Mortem

Powered By Blogger

Tuesday, August 2, 2011

Pemandu Teksi oh Pemandu Teksi

Assalamualaikum...

salam ramadhan untuk semua, hari ini hari kedua puasa, so jangan buat-buat penat na~ hehehehehe~ cerita pasal puasa, semalam aku balik kampung sat sebab nak ambik kereta kesayangan aku yang dah tersadai kat kampung sebab nak baiki..pehh, gila betul sebab dekat 3-4 hari kot aku kereta aku tu kehilangan kasih syg aku hehehehe~ aduss..aku plak rindu giler kat keta aku yang satu tu..

so semalam aku kena rushing la naik bas, so aku wat keputusan ambik teksi, konon2 aku bajet dalam rm20.. pas tu dah ambik teksi, aku tanya la, "

"berapa pak cik, dr sini nak pergi jeti",

"RM25 jer," jawab pak cik teksi tu,

Gulpp.... sentap jap hahahha...

mana la xsentap, xsampaii 10 minit saja sebenarnya dr tesco jelutong nak pergi jetti. tapi nak balik cepat nya pasal, pikir nak berbuka dengan family punya pasal, aku ambik.. lagi pun dah duk dalam teksi kan? xkan nak kuar hahahahahaha~

ok la, aku sikit xkisah lah, lagipun minyak sekarang bukan murah weh, mahal, aku pernah kawan dengan sorang abg teksi ni, dia selalu gak bagi aku naik free, tu kira bersebab tu, tapi sebab selalu naik free aku dah tak syok dah, si dia dah xbagi aku naik teksi tu, tapi seb baik la time tu aku dah dapat keta dr kampung .so lega...

sorry2x, tersasar lak..ikshh3x,...

pastu yang aku tak tahan yang wat aku menjadi cuka dan menjadi cuka sepanjang pergi jeti, aku geram ar..

grrrrrrrr...rasa nak jer aku tegur pak cik tu..tapi aku malas ar, sebab xsampai lagi, karang dia berhentikan aku tepi jalan, pehh..naya aku,

ada ke patut????  >>>>>> mmg xpatut2x....

tempat meter dia tu..dia tutup dengan towel kecik .. geram tak kalu korang naik teksi bermeter yang letak towel kat meter dia??? geram x???? geram kan???

aku sebenarnya tahu dah masa dan harga yang berjalan dari meter tu, sebab dulu aku naik teksi abg tu, kalu ikut dari sungai dua ke queensbaymall tu xda la lama pun takat 8minit perjalanan tanpa halangan jem, meter baru tunjuk kira2x RM3 - RM4. so aku kira2x.. dari tesco jelutong ke jeti xsampai RM10 ringgit.

yang menambahkan kecukaan aku tu, ok la pak cik kau nak tutup dengan towel, saya paham pak cik malu dan segan nak bagitahu harga ikut meter, saya paham pak cik, sekarang ni nak cari customer susah, saya paham pak cik.. saya paham..aku paham weh, mana ada pemandu teksi kat malaysia ni yang ikut meter, gilo apa???? kompom2 la susah nak dapat duit banyak. tak kan la nak pusing jauh2x..padahal dekat xsampai 10 minit, xkan nak pusing sampai sejam kot baru dapat up kan harga kat meter tu..hahahahahaha..xberbaloi abiskan minyak jer...

tapi serius aku cakap, pemandu teksi kat malaysia ni hanya letak meter sahaja, tapi xakan ikut harga meter, meter tu hanya nak cukupkan syarat sahaja. salah siapa perkara ni terjadi??????

yang xsedap hati tu, pak cik tu, dia tutup2x..dia tekan2 kat meter tu, pak cikkkkkkkkkkk!!!!!!!! buka jer la towel tu pak cik oiii..xpayah la buat macam pencuri, di bulan puasa ni jujur2 la dalam membuat pekerjaan. haishhhhhh~ gerammmmm......


adoiii... pak cik teksi oh pak cik teksi.

pak cik tu dok pandang belakang sebab muka aku cuka jew.. pas tu dia buat pulak something yang aku tak suka.. huhuhuhuhu..sob2x..sedih nih.. dah nak dekat sampai, dia pi taruk pulak perfume lemon, adesss....

sentap lagi..sebab aku alami sedikit alahan kalu naik keta berpurfume ni, aku rasa nak muntah sebab xtahan bau . aku tahan jew la sehingga la sampai jeti...


legaaa......

p/s: moralnya, di bulan yang baik ni, bukan sahaja kena tahan lapar dahaga, bukan sahaja kena bersabar, tapi kita kena jujur dalam tiap pekerjaan kita. ok la stop dulu, sebab aku kena sambung kerja, ni pun xjujur dah ni sebab ngadap blog pagi2x..hehehehe. jangan marah bos, sayang bos.

No comments: