Assalamualaikum...
tiba-tiba baru teringat berita semalam, berlaku kat kampung aku. Parit Buntar. seramai 20 orang pekerja bas City Liner diberhantikan tanpa notis. dah la di berhentikan pada 1 Ramadhan, sedih weh kalau berada di tempat mereka. aku terkejut jugak, sebab aku selalu naik bas tu, dan aku kenal antara mereka. serius, sedih terasa nak menangis.huhuhuhuhu..sabar2x..dugaan tu.
perkara tu sepatutnya tak patut berlaku, sekurang-kurangnya bagi la notis awal2, sebulan sebelum atau 2 bulan sebelum, sempat la di antara mereka boleh cari kerja. ingat senang ker nak cari kerja sekarang ni. tambah lagi d bulan Ramadhan, sayu sapa yang berada di tempat mereka. semalam tengok berita, rasa nak menangis juga sebab di antara pekerja kat situ masih lagi ada anak kecil, nak sambut lebaran lak nanti.
Memang aku tahu faktor-faktor yang menyebabkan syarikat bas tu nak berhentikan operasi di Parit Buntar.
( sekadar andaian yang boleh di ambil kira).
1. Penumpang tak ramai. siapa yang nak naik kalu bukan on time. aku tak salahkan penumpang yang tak nak
naik, sebab ada satu lagi pilihan bas Bumiwira yang pergi jalan yang sama ke butterwoth.
2. Lambat, kami tak akan menunggu Bas City Liner, sapa yang naik bas city liner ni pun sebab tak sempat
naik Bas Bumiwira sahaja.
3. Bas City Liner lambat datang dan lambat gerak. Bas Bumiwira setiap setengah jam ada, siapa saja yang
bekerja area Butterworth tiap pagi akan memilih Bas Bumiwira walaupun owner dia india.
4.Bukan nak cakap kosongla, perjalanan Bas City Liner dengan Bas Bumiwira memang Jauh berbeza.
Bumiwira mengambil masa 1 jam utk sampai ke butterworth. sedangan Bas City Liner mengambil purata
masa 1 jam setengah . so mana pilihan korang??
5. Bas City Liner kalau nak dibandingkan dengan Bas Bumiwira, jauh berbeza. dari segi kebersihan bas, aku
akan pilih bas City Liner, sebab bersih.
Kesimpulannya dekat sini, patutnya syarikat bas kena tahu kenapa mereka tak mampu bersaing dengan Bas yang ada?? sepatutnya buang pekerja macam tu bukan jalan penyelesaianya, sebab tak silap ada yang bekerja dah hampir 15 tahun dgn syarikat bas tu. Musibah yang kadang kala kita tak tahu apa nasib kita d kemudian hari. aku harap pihak bas tu bertangungjawab dengan apa yang terjadi.
Semoga Dipermudahkan Segala Urusan.Amin,
No comments:
Post a Comment