misz.dejavu

follow facebook - dealova_1987@yahoo.com ( cahaya mataku )

blog ini blog peribadi, apa saya suka saya tulis, apa saya pikir saya tulis, blog saya berdasarkan apa yang berlaku dsekeliling saya, di depan, di belakang mahupun d kejauhan saya. blog saya tidak mungkin s'skema saya. impian saya jadikan blog saya diari saya, anda suka anda baca, anda tak suka senyap saja. biarlah hati anda saja berkata2x..saya jugak akan copy paste jika merasakan ia sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, tp jangan risau kerana saya pastikan apa yang saya copy n paste itu saya link kan ke tuan punya blog, tanda saya hargai nukilan anda~ saya ikhlas mengatakan sesiapa msuk blog saya, terima kasih sy hargai.. >>> ok2x dah hbis skema.. apa2 tq. hik2x... wat muka comel skit ><.. korang mmg comey ><

Post Mortem

Powered By Blogger

Monday, August 15, 2011

Aku Nak Tanya Ni Kenapa Manusia Merokok????

Assalamualaikum..

selamat pagi semua. harap hari isnin ni jangan malas-malas tau, hari isnin ni kena lah semangat sikit. semalam kan dah bercuti. hari ini buka kedai awal giler-giler, sempat pulak En.Hamzah ni datang menyibuk kat tempat aku kejap. sempat pulak pagi-pagi ni dia kata kedai aku tak lawa. hahahahaha..aku gelak dalam hati la..tapi sempat aku bagitahu tak lawa pun janji kami ikhlas decorate kedai kami sempena raya. Mesti nak tahu kan kenapa dia kata kedai aku tak lawa????? sebenarnya lawa..hahahahaha>>> puji dalam hati. En.Hamzah tu jeles dengan kedai kita orang. sebelum ni bising nya Mulut En.hamzah tu sebab kita orang dok janji nak decorate kedai untuk raya tapi tak buat2 juga. semalam lepas 13/8 baru wat dan siapkan semua. bila dia tengok dia tak terkata. dan sempat kita orang kutuk decorate yang tesco buat pulak depan kedai kami ni kita orang cakap langsung tak lawa...n dia sempat pulak bagitahu, dia tak ada kena mengena..hahahaha..nak ngelat la tu..~ 

Ok2x.. Aku ni memang suka beralih tajuk .. tadi En.Hamzah tetiba ramah mulut dengan aku pagi-pagi ni, mungkin sebab tak ramai yang buka kedai lagi. dan aku orang yang terawal buka, dia sempat tanya pasal produk ni dan sempat pula dia tanya satu soalan:

1. kenapa orang merokok??? punca yang menyebabkan mereka merokok???

muka En.Hamzah serius gila nak tahu. aku tanya la. En.Hamzah merokok tak? tengok macam tak merokok..
tekaan aku betul, dia tak merokok dan dia dah lama buang tabiat merokok tu.

then dia tanya lagi soalan tu sebab nak tahu..

Aku pun bagitahu la, setiap kali Customer datang sini, yang memang nak tahu pasal rokok elektronik la, aku akan tanya, dah berapa lama merokok? satu hari berapa batang  atau kotak rokok yang mereka hisap? kebanyakkan customer mesti akan bagitahu yang mereka merokok dari kecil, ada yang selepas universiti merokok, tapi mereka merokok ni pun ramai dari pengaruh kawan. bila dah start merokok ni, mula la ketagih.

Kandungan Nikotin sebenarnya yang buat semua orang ketagih merokok dan susah nak berhenti merokok. jadi nikotin memang berbahaya, >>>>> ok.. En.Hamzah dah buka mulut, yang tu yang dia nak tahu.... penat aku citer panjang lebar..hahahahahaha, 

tapi memang betul pun. kandungan nikotin dalam rokok selain tar, tobaco dan 4000 bahan kimia yang ada dalam rokok sebenar memang buat sesiapa yang mula hisap rokok akan susah nak berhenti merokok.

aku merokok tak???? saya bukan perokok dan bukan orang yang menghisap shisha. tapi disebabkan saya kerja dekat sini memang secara automatik akan try juga, tapi tak pernah la rasa ketagih merokok, n kita orang memang jauh dari budaya merokok ni. tujuan kerja kita orang pun bagi nasihat cara untuk berhenti merokok, bukan semata-mata jual produk ini. tapi serius, pertama kali merasa rokok..                                hak tuihhhhh...eyerrrrr~~~~ sakit tekak kot, pening kepala.. serius tak sedap. adoyai... Apa lah yang nikmatnya rokok ni? macam mana dia orang boleh hisap rokok???

semua flavour saya dah rasa.. ok2x..jangan anti saya, dan jangan kata tak suka saya selepas ni, kenapa saya rasa? sebab kadang2x kalau ada something yang problem nak tak nak kena test juga. kita orang kena tahu apa yang rosak. so memang kena try...tp kami sentiasa mengigatkan diri kami jangan cuba2 nak merokok. alhamdulilah, tak pernah terlintas lagi utk jadi perokok lagi pun tak elok perempuan merokok, bukan takat tak elok, tapi tak sedap mata memandang. kami yang kerja macam ni pun, kalau tengok orang perempuan merokok, memang geleng kepala habis.

bagitahu je flavour apa. semua dalam otak. cuma masih tak adalah rokok yang permintaannya di luar yang kami hasilkan, contoh mildseven, camel , suria ... flavour yang ada macam tobacco, menthol, strawberry, orange, marlboro, dunhill , gudang garam , flavour yang rasa ada sikit macam mildseven, cofee, coklat. bunyi macam sedap kan?????? dbulan ramadhan ni jangan pula ada keinginan nak merokok... tak baik tau. di bulan ramadhan ni pun Customer melayu memang menghormati bulan ramadhan, semua datang selepas berbuka.. hehehehehehe.. bagus2x...

ok la, nak kena buat kerja dulu, n saya tinggalkan persoalan ini, Kenapa Manusia merokok??? kalau rokok tu tak ada tembakau. tak ada tar, tak ada nikotin, tak ada bahan kimia,,nak ke manusia merokok???? hanya gulung kertas kosong dan bakar. hisap dan hisap..apa yang dapat hanya asap.. bila ada semua ramuan yang ada dalam rokok, tak sedap pun jadi sedap pada perokok.. fikirlah, nanti saya nak buat entry pasal tabiat merokok dari kaca mata saya sebagai customer services....`~



No comments: