misz.dejavu

follow facebook - dealova_1987@yahoo.com ( cahaya mataku )

blog ini blog peribadi, apa saya suka saya tulis, apa saya pikir saya tulis, blog saya berdasarkan apa yang berlaku dsekeliling saya, di depan, di belakang mahupun d kejauhan saya. blog saya tidak mungkin s'skema saya. impian saya jadikan blog saya diari saya, anda suka anda baca, anda tak suka senyap saja. biarlah hati anda saja berkata2x..saya jugak akan copy paste jika merasakan ia sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, tp jangan risau kerana saya pastikan apa yang saya copy n paste itu saya link kan ke tuan punya blog, tanda saya hargai nukilan anda~ saya ikhlas mengatakan sesiapa msuk blog saya, terima kasih sy hargai.. >>> ok2x dah hbis skema.. apa2 tq. hik2x... wat muka comel skit ><.. korang mmg comey ><

Post Mortem

Follow by Email

Tuesday, August 23, 2011

Bila Bergaduh.. Buanglah Ego Mu

Hari ni hari yang moody utk aku.. huarghhhhh, tak gaduh dengan si dia tapi terasa kecik hati sangat2x dengan si dia? perlu kew aku publish citer aku dengan dia, yup tak perlu pun tu cerita aku.. cuma aku nak bagitahu bila kita bergaduh especially perempuan, yang kecil pun menjadi besar kerana perempuan ni jiwanya sensitif pasti terhiris-hiris bila jadi sesuatu. tapi lelaki jangan la panjangkan pergaduhan tu, pujuk lah perempuan tu.. hehehehe, tadi blogwalking kejap, cari sesuatu yang boleh di buat nasihat... jumpa something yang buat aku mula hantar mesej kat si dia dan minta maaf, berbaik lah jangan lah terlalu ego kerana ia akan mengeruhkan saja hubungan tu. berbaik-baik di bulan puasa kan lagi baik hihihihihihihih...


opsss" si dia dah balas mesej..yea2x...happy balik nih hehehehehe  ...><


so saya nak share something.. yang ni untuk si para isteri hehehehe..tak ada kena mengena dgn tajuk saya kan??? sebab jiwa tengah kacau tadi hahahahaha~ baca lah untuk tatapan korang ehh~ ><




Hakikat perbezaan Antara Perempuan dan Isteri, Lelaki dan Suami.

Wahai perempuan, aku di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Wahai Isteri, aku di sini sebagai suami ingin bagi tahu. Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, suami sukakan perempuan yang menutup auratnya. Dan dia lebih menghargainya begitu?
Wahai perempuan, tahukah kalian yang lelaki sangat suka bila kalian manja-manja dengan dia? Tapi wahai isteri, tahukah kamu yang suami-suami kamu sangat manja sebenarnya. Dan mereka sebenarnya sangat suka dimanja-manjakan. Di tanyai oleh kamu “Hai abang... kenapa muyuk2 niey...?” “Hai abang...puyut abang cam niey pun nampak tomeyy laaa..” Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.
Wahai perempuan, mahu tak kalau aku bukakan satu rahsia mengenai lelaki? Lelaki ini sebenarnya sangat lemah dengan air mata kalian. Tetapi isteri-isteri semua, jangan takut untuk menangis kerana air mata kalian bagi suami-suamimu adalah kekuatan buat mereka. Kerana airmata kamulah suami bisa bangkit berjuang kembali disaat mereka rebah jatuh kecewa.
Wahai perempuan, tahukah kamu yang lelaki takut pada perempuan yang gemuk? Walaupun pada hakikatnya yang mereka juga bulat macam buah nangka masak? Dan wahai isteri, kalian sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk badan sangat kerana suami suka memeluk anda, kerana anda wangi dan mereka suka mencium kamu, kerana rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak kusut masai dan mengerbang-gerbang) Jadi jagalah kebersihan diri dan selalulah mandi. Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah wangi semanjang, kadang tur kitorang pun hapak juga. Hahahaha...
Tahu tak perempuan yang lelaki suka kalian pakai jarang-jarang, dan singkat-singkat. Mereka suka tengok, kalau dapat mereka gatal nak pegang. Tapi percayalah, yang mereka tidak akan sekali-kali menjadikan anda pilihan no satu untuk dijadikan isteri. Wahai isteri, tahu tak kamu semua aper kenyataan yang sebenarnya apabila suami anda memberi komenter pada pakaian anda..? Contoh: Hisk...!!! Pegi salin laa baju lain. (sebab seksi sangat).” Sebenarnya mereka suka sangat tur, tapi mereka nih spesis yang tak leh berkongsi apa pun dengan orang lain. Sebenarnya mereka tidak mahu orang lain lihat yang isterinya sangat menarik. Jadi pandai-pandailah kalian menyakinkan mereka yang permandangan yang sangat indah itu hanya untuk mereka sahaja, pasti suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai mamak.
Wahai perempuan, kamu nak tahu tak bila kalian berkata “ aku tak nak kacau dialah, aku nak bagi ruang pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu meletakkan hubungan kamu dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka perempaun yang merengek-rengek dengan dia. Berbeza pula dengan suami, jangan sekali-kali isteri merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami sedang melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan yang penting. Contoh sewaktu tayangan lansung liga juara-juara eropah...? Hahahahhaa.
Wahai perempuan. Tahu tidak sifat pak turut kalian hanya merendahkan nilai kalian disisi lelaki? Namun bagi seorang isteri pula sifat itu sangatlah penting. Itu melambangkan bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi bukan bermakna kamu akan membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi penilaian dalam membuat keputusan.
Satu lagi wahai perempuan dan isteri. Ini rasa dek aku sama jer, baik sebelum kamu menjadi isterinya atau sesudah menjadi isteri mereka. Janganlah kalian memakai mekap yang tebal-tebal, sampai nampak berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh meleleh-leleh macam air susu... Yarkkkk!!!! Tak sanggup laaa aku. Cukup la badan tak bau busuk, bibir tidak  nampak lebam dan pucat. Kalau tidak jangan salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan jangan mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang jalan tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak mahu ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang dah macam opera cina.
Wahai perempuan semua, andai kata adik korang datang menyibuk sewaktu teman lelaki korang datang bertandang kerumah dan minum petang disana. Jangan sekali-kali korang menengking adik korang depan dia. Sebab itu akan membuatkan mereka berhenti untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan kalian. Dan wahai isteri-isteri yang cantik akhlak semua. Jangan kamu memarahi anak-anak kamu dengan suara yang nyaring dan gertakan-gertakan yang menakutkan. Kerana suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini sebenarnya. Walaupun pada pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil pusing. Tapi sebenarnya mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah kalian itu bukan ibu-ibu kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan penampar dari pagi-pagi buta lagi dah.
Satu perkara yang selalu diabaikan oleh perempuan bila mereka bergelar isteri. Suami kamu sebenarnya suka kalau kamu nakal dengan mereka. (bagaimana? Laaa lua pikir la sendiri) Hahahaha.... Tau kenaper ? Sebab lelaki nih, sama ada dia lelaki, suami atau ayah. Mereka tetap nakal sampai bila-bila. Jadi imbangilah kenakalan mereka. Dan dalam hati mereka pula, mereka, lelaki ini sangat lambat tuanya. Forever young. Hehhehee.....
kredit daripada sumber wirajiwa.bumicyber.com

8 Pertanda Dia Jodoh Anda
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya.Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?


Petanda1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah lapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

sumber daripada wirajiwa.bumicyber


p/s: xkira tak kena mengena dengan tajuk pun kena baca..hehehehehehehehehehehe..jgn marah tau~

7 comments:

mykhalis said...

panjangnya lisa kongsi.. perghh.. tu la..len kali suruh dia jadi blogger jugak..leh jadi blogger sepasang..meluahkan perasaanpun senang..ahaks

Ninie said...

Cite psl jodoh,jd takut plak neh!!...hehe. Salam ziarah. Follow kiter juga at
http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/08/lets-join-ben-ashaari.html

SAYA BERMINAT NAK MENUKAR LINK DENGAN AWAK

lisa lis said...

khalis : hehehehehe~ mana tak panjang 2 entry dalam satu entry~

dia xley jadik blogger nnti blog dia bersarang btahun2x.. hahahahahaha~

ninie: bercinta da risiko..bila berumah tangga pun ada risiko~ terletak pada kita nak hadapi dgn cara yang tbaik~

sy follow awk jugak~ ><

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

waa.. panjang gila.. kena print out ni.. wat buku.. hahaha

lisa lis said...

hahahahahaha... perli erk? yea2x..azroy kassim dtg melawat blog ni hr nih..yea2x..~

p/s: dh lama dia xbbloging~

tia @ Ini Kisah Tia said...

sumpah Tia baca sampai habis . sangat menarik :)

lisa lis said...

hehehehehe..alahai tia, rajinnya baca smpai habis..~ tq2x,,hehehehehe~